HomeIsu tempatanRenjer Muda TTS langkah perkukuh hubungan masyarakat, alam semulajadi

Renjer Muda TTS langkah perkukuh hubungan masyarakat, alam semulajadi

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kundasang : Pelaksanaan Program Renjer Muda Taman-Taman Sabah (TTS) merupakan satu langkah proaktif TTS dalam memperkukuhkan lagi hubungan masyarakat dengan alam semula jadi.

Pengarah TTS Dr Maklarin Lakim berkata, program itu juga dapat dapat memberi peluang kepada generasi muda untuk terlibat secara langsung dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan keindahan kawasan taman khususnya Taman Kinabalu.

“Menerusi Program Renjer Muda Taman ini juga, saya berharap kita dapat mewujudkan satu pasukan Renjer Muda Taman yang berdedikasi, terdiri daripada para pelajar sekolah yang bakal menjadi penjaga warisan alam kita.

“Para Renjer Muda Taman ini bukan sahaja akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran penyelidikan di lapangan, malah membentuk sikap dan nilai-nilai kecemerlangan dalam diri mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Renjer Muda TTS; Pemulihara Hutan (Cendawan) sempena Hari Komuniti Taman Kinabalu 2023 di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Penolong Pengarah Taman Kinabalu Justinus Guntabid.

Maklarin berkata, program itu bukan sekadar acara tetapi ia dapat memberi peluang untuk menjelajahi dan memahami kepelbagaian cendawan di sekeliling kawasan.

Katanya, melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang, diharapkan peserta dapat menghayati keunikan setiap spesies cendawan dan memahami peranan mereka dalam keseimbangan alam.

“Seperti yang kita sedia maklum, kawasan TTS merupakan mercu tanda kekayaan alam dan keindahan semula jadi Negeri Sabah. Dalam membangun jambatan antara manusia dan alam semula jadi kita juga sedang membina satu komuniti yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap kelestarian alam.

“Program ini menjadi landasan yang amat penting untuk membentuk individu-individu yang sedar akan peranan mereka dalam melestarikan keindahan alam dan kehidupan haiwan serta tumbuhan yang menghuni taman-taman kita,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH PARK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya