HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan sembilan individu bawa barang kawalan tanpa permit sah

Maritim Malaysia tahan sembilan individu bawa barang kawalan tanpa permit sah

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kudat : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot pancing membawa muatan barang kawalan tanpa permit sah, di sini awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, dalam operasi yang dilaksanakan,pihaknya berjaya mengesan bot suspek dan menahan pada kedudukan lebih kurang jarak 0.3 batu nautika Selatan Esplanade, Kudat sekitar jam 2.05 pagi.

“Melalui pemeriksaan yang dilakukan, terdapat sembilan individu berada di dalam bot berkenaan yang berusia lingkungan 18 hingga 44 tahun.

“Seorang daripadanya merupakan warga tempatan yang menjadi tekong bot manakala lapan individu yang lain kesemuanya warga Filipina,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Maurice berkata, pemeriksaan lanjut menemui sejumlah 13 tong gas petroleum cecair (14kg/tong) serta 15 gelen berisi  minyak petrol dianggarkan sebanyak 500 liter dibawa bot berkenaan tanpa permit yang sah daripada pihak berkuasa.

Katanya, kesemua suspek bersama bot dan barang rampasan seterusnya ditahan dan dibawa ke jeti untuk siasatan lanjut manakala nilai keseluruhan rampasan dianggarkan lebih RM100,000.

“Kes ini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan tanpa permit yang sah, Akta Perikanan 1985 kerana lesen telah tamat tempoh dan Akta Imigresen 1959/63 kerana memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan.

“Zon Maritim Kudat menyeru masyarakat khususnya komuniti maritim di Kudat untuk sama-sama membantu Maritim Malaysia dengan melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088- 611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KAFA UMS komited fokus kemenjadian murid seimbang ilmu, adab dan sahsiah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya