HomeEkonomiLKAN - Sasaran Pengeluaran Padi Belum Tercapai

LKAN – Sasaran Pengeluaran Padi Belum Tercapai

Read Time:3 Minute, 48 Second

oleh – Wan Azrain Adnan

1.        Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM) telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kemampanan industri padi dan beras negara. Antara inisiatif yang telah di perkenalkan ialah Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) dan Projek Perintis Mini Sekinchan Smart Sawah Berskala Besar.

2.        Pada awal 2021, inisiatif SMART SBB telah di lancarkan sebagai satu usaha untuk menyatukan pengurusan penanaman padi secara estet padi, yang melibatkan kerjasama di antara petani dan syarikat peneraju yang di lantik oleh Kerajaan Malaysia. Pengurusan penanaman padi secara estet padi boleh menghasilkan manfaat skala ekonomi/ economies of scale, terutamanya: menambah-baik pengurusan dan produktiviti, mengoptimumkan kos dan seterusnya meningkatkan pendapatan petani.

3.        Inisiatif SMART SBB amatlah bertetapan kerana industri padi negara masih di usahakan oleh para petani secara kecil-kecilan. Sebagai contoh. Di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Kedah, iaitu jelapang padi utama dan terbesar negara, purata keluasan sawah padi yang di usahakan oleh petani hanyalah 2.12 hektar, melibatkan 57,635 petani.

4.       Sebagai kesinambungan kepada inisiatif SMART SBB, Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM) juga telah melaksanakan Projek Perintis Mini Sekinchan SMART SBB MADA di Kg Lat 1000, Perlis. Projek tersebut mengguna-pakai model dan amalan pertanian yang di amalkan oleh petani padi di kawasan Sekinchan, Selangor, yang senantiasa menjadi rujukan kerana berjaya menghasilkan jumlah padi yang tinggi secara konsisten, sehingga 12 tan/ hektar.

5.        Pada Ogos 2023, Projek Perintis Mini Sekinchan SMART SBB MADA tersebut di laporkan telah berjaya menghasilkan padi sebanyak 10.45 tan/ hektar. Tahniah!

6.        Namun begitu, baru-baru ini, Laporan Ketua Audit Negara 2022 (LKAN 2022) telah melaporkan bahawa inisiatif SMART SBB secara keseluruhannya tidak berjaya di laksanakan mengikut sasaran yang telah di tetapkan.

  • Setakat ini, dari sasaran 150,000 hektar kawasan sawah, hanya 3,762 hektar (2.5%) sahaja yang telah di usahakan secara SMART SBB
  • Hanya 11 (40.7%) syarikat peneraju SMART SBB yang telah terlibat, berbanding dengan sasaran 27 syarikat peneraju
  • Pencapaian produktiviti tertinggi adalah 6.05 MT/ hektar (86.4%), berbanding dengan sasaran 7.0 MT/ hektar

7.        Kegagalan pelaksanaan inisiatif SMART SBB tersebut sudah pasti merencatkan pencapaian agenda keterjaminan makanan negara. Kegagalan ini juga kekal menghukum dan mengurung para petani di dalam belenggu kemiskinan, dari generasi ke generasi.

8.        Krisis bekalan dan harga beras yang berlaku baru-baru ini telah membuktikan kesan yang serius apabila kebergantungan negara kepada beras import kekal tinggi dan terus meningkat. Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Kadar Sara Diri (SSL) Beras negara telah menunjukkan trend yang menurun: 72.3% (2015), 70.3% (2016), 70% (2017), 69% (2018), 65% (2021).

9.        Selari dengan data DOSM tersebut, LKAN 2022 melaporkan bahawa sasaran Kadar Sara Diri (SSL) Berasnegara tidak berjaya di capai. Yang lebih membimbangkan ialah jurang di antara sasaran dan pencapaian adalah semakin membesar: dari 7% (2019) kepada 11.2% (2022).

10.      Pada masa yang sama, LKAN 2022 turut melaporkan bahawa jumlah pengeluaran beras negara telah gagal mencapai sasaran yang di tetapkan. Walaupun ada peningkatan jumlah beras yang di hasilkan, peratus pencapaian sasaran menunjukkan penurunan. Sekiranya jumlah pengeluaran beras terus gagal mencapai sasaran, pencapaian sasaran Kadar Sara Diri (SSL) Berasnegara juga akan terjejas.  

11.      Di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021 – 2030 (DAN 2.0), Kerajaan Malaysia telah meletakkan 4 matlamat utama yang ingin di capai menjelang tahun 2030 untuk industri padi dan beras negara:

  • jumlah pengeluaran padi sebanyak 3.62 juta MT, dan beras sebanyak 2.32 juta MT
  • produktiviti/ hasil padi sebanyak 5.3 MT/ hektar
  • Kadar Sara Diri (SSL) beras pada tahap 80%
  • pendapatan bulanan petani sebanyak RM 3,500 (kawasan jelapang padi), dan RM 2,500 (kawasan luar jelapang padi)

12.      Berdasarkan LKAN 2022, amat sukar untuk Kerajaan Malaysia mencapai 4 matlamat berkenaan dalam tempoh 7 tahun, menjelang 2030. Sebagai contoh:

  • Kadar Sara Diri (SSL) beras mesti meningkat sebanyak 17.4%, dari 62.6% (2022) kepada 80% (2030)
  • sejumlah 75.9%petani padimemperolehi purata pendapatan di bawah RM 2,500 sebulan

13.      Justeru itu, pelaksanaan inisiatif yang telah di perkenalkan oleh Kerajaan Malaysia wajib di teliti, di tambah-baik dan di segerakan agar agenda keterjaminan makanan negara dapat di perkukuh, serta meningkatkan kesejahteraan hidup para petani.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular