HomeSukan54 atlet Sabah terima insentif kemenangan Kerajaan negeri

54 atlet Sabah terima insentif kemenangan Kerajaan negeri

Read Time:2 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu: Seramai 54 atlet Sabah yang berjaya memenangi pingat dan mengharumkan nama negara dan Sabah dalam empat temasya sukan bertaraf antarabangsa pada tahun ini berjaya menerima insentif kemenangan berjumlah RM304,000.

Insentif kemenangan sumbangan Kerajaan Negeri itu disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu majlis penyerahan di Menara Kinabalu di sini petang tadi.

Hajiji ketika berucap berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM91,500 dibayar kepada atlet yang berjaya meraih kejayaan di Sukan SEA Ke- 32 Cambodia dan sebanyak RM126,000 lagi diberikan kepada atlet yang berjaya dalam Sukan PARA ASEAN Ke-12 Cambodia.

Selain itu katanya, sebanyak RM46,500 turut diserahkan untuk Sukan Asia Ke-19 Hangzhou dan RM40,000 untuk PARA Asian Ke-4 Hangzhou.

Beliau berkata, pemberian insentif kemenangan itu setimpal dengan kesungguhan dan dedikasi para atlet negeri, selain untuk menarik minat dan penyertaan anak-anak muda Sabah dalam bidang sukan.

“Pemberian insentif ini juga diharap dapat menjadi sumber inspirasi dan penguat semangat untuk mereka lebih berjaya di masa hadapan, serta sejajar dengan usaha kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah untuk melahirkan “Atlet Bertaraf Dunia”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Meraikan Pencapaian Atlet Sabah di Temasya Sukan Sea Ke-32 (Combodia 2023), Para Asean Ke-12 (Combodia 2023), Sukan Asia Ke-19 (Hangzhou 2023) dan Para Asian Ke-4 (Hangzhou 2023) di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu di sini hari ini.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri sangat berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh atlet negeri ini yang mengambil bahagian dan mencipta kemenangan dalam empat temasya sukan antarabangsa itu.

Katanya, dalam Belanjawan Negeri 2024 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM27.13 juta kepada KBS Sabah untuk mengurus dan membangunkan industri sukan negeri Sabah tahun hadapan.

Tambahnya, daripada jumlah itu, sebanyak RM2.08 juta diperuntukkan untuk pembangunan sukan massa, RM20 juta untuk pengurusan dan pembangunan sukan prestasi tinggi oleh Majlis Sukan Negeri Sabah dan RM5.05 juta untuk pemberian sukan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri terus memperuntukkan perbelanjaan besar dan konsisten kepada KBS Sabah bagi memastikan lebih banyak aktiviti sukan dapat dijalankan serta menyediakan prasarana dan teknologi sukan yang moden dari semasa ke semasa, selain memenuhi keperluan atlet untuk berlatih dengan lebih efisien dan bertanding pada tahap tenaga maksima.

“Sabah mempunyai visi untuk ‘Melahirkan Atlet Bertaraf Dunia’ dengan berlandaskan kepada tiga teras utama iaitu Sukan Prestasi Tinggi, Industri Sukan dan Sukan Massa. Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha mengajak masyarakat untuk bergiat aktif dalam sukan demi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kecergasan,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, beliau sentiasa mengikuti rapat perkembangan, kemajuan dan pencapaian KBS Sabah khususnya melibatkan atlet-atlet Sabah, dan senang hati melihat pacuan program dan pembangunan yang jitu oleh pihak kementerian yang terus berusaha melaksanakan perancangan komprehensif untuk negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular