HomeEkonomiAnifah Gesa Kerajaan Pertimbang Bina Jambatan Hubung Labuan - Sabah

Anifah Gesa Kerajaan Pertimbang Bina Jambatan Hubung Labuan – Sabah

Read Time:59 Second

Kuala Lumpur —  Ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri Anifah Aman memohon kerajaan untuk mempertimbangkan pembinaan jambatan Wilayah Persekutuan Labuan bagi menghubungkan pulau itu dengan Sabah.

Ini kerana katanya, pembinaan jambatan itu bukan sahaja dapat memudahkan akses ke pulau berkenaan bahkan berupaya menggerakkan industri pelancongan di Labuan.

“Saya juga memohon agar Kerajaan mempertimbangkan pembinaan jambatan yang menghubung Sabah dengan Labuan.

“Pembinaan jambatan ini akan menyediakan ‘ease of access’ yang boleh menggerakkan industri pelancongan kerana penduduk Sabah, Sarawak dan Negara Brunei mudah tiba ke Labuan.

“Ketibaan pelancong-pelancong asing daripada luar negara juga akan membawa ‘cash flow’, dan dijangka akan memberi kesan yang positif kepada ekonomi Labuan, ” katanya semasa membahaskan usul di Dewan Negara hari ini.

Dalam pada itu, Anifah yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan menyeru Kerajaan Persekutuan supaya mempertimbangkan Labuan sebagai Kluster ‘startup’ dan inovasi.

Tambah beliau, ia dilihat mampu menyokong pembangunan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC), yang turut menerima manfaat daripada pengecualian cukai kepada entiti yang aktiviti kewangan dan perdagangan Islam.

Justeru Anifah berharap kerajaan dapat mempertimbang perkara itu berikutan perkembangan perniagaan ‘startup’ yang semakin berkembang di Malaysia, bagi membolehkan Sabah, Labuan, dan Sarawak mendapat manfaat dari sudut sokongan dan bantuan.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular