HomeUtamaDua usahawan wanita Sabah menang Anugerah Shell LiveWIRE 2023

Dua usahawan wanita Sabah menang Anugerah Shell LiveWIRE 2023

Read Time:2 Minute, 22 Second

Kuala Lumpur : Dua usahawan wanita dari Pensiangan dan Semporna Sabah masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 daripada Shell melalui Program Shell LiveWIRE Malaysia 2023.

Hadiah disampaikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick pada majlis National Awards Ceremony Shell LiveWIRE 2023, di Wisma Shell, Cyberjaya, di sini, hari ini.

Dua usahawan wanita dari Sabah itu ialah pengasas Grace Creation Enterprise Rostinah Andahang dan pengasas Southeast Asia Treasure, Radziah Matarsad.

Rostinah merakamkan ucapan terima kasih kepada Shell atas pengiktirafan usahanya membantu wanita-wanita luar bandar khususnya di Pensiangan dan Pagalungan menjana pendapatan melalui pembuatan kraf berasaskan manik.

Rostinah Andahang menerima hadiah pada majlis itu

Beliau berkata, Grace Creation Enterprise ditubuhkan pada tahun 2019 menyediakan latihan pembuatan produk-produk kraf manik berupa cenderhati, hadiah korporat, produk pelancongan dan aksesori.

“Setakat ini seramai 131 wanita dari tujuh buah kampung iaitu Kg.Labang Sepulut, Kg.Balaron Sepulut, Kg.Tataluan Sepulut, Kg.Nalasaran Sepulut, Kg.Indah Nabawan, Kg.Sandukan dan Kg.Binanding Pagalungan berjaya dilatih dan kini mempunyai sumber pendapatan sampingan.

“Semua hasil kraftangan mereka saya beli dengan harga yang memuaskan hati mereka. Antara keunikan produk kraf manik yang kami hasilkan ialah dari segi corak dan warna bermotifkan etnik Murut,” katanya.

Rostinah berkata, kursus atau latihan membuat kraf yang beliau anjurkan bukan sahaja disertai golongan wanita dan ibu-ibu tetapi turut disertai golongan muda termasuk lelaki.

“Oleh itu saya merancang untuk menganjurkan kursus pembuatan kraf berasaskan manik kepada pelajar universiti pada tahun depan bagi memberikan pendapatan sampingan kepada mereka,” katanya.

Sementara itu Radziah bersyukur kerana inovasinya selama 10 tahun menghasilkan Zieah Integrated Culture System (ZICS) kini membuahkan hasil.

“Saya gembira kerana inovasi yang saya cipta ini mendapat penghagraan dan pengiktirafan daripada Shell. Saya berharap pertandingan ini dapat diteruskan untuk mencungkil lebih banyak bakat dan mengumpul inovasi yang dapat membantu komuniti setempat mengembangkan perniagaan atau perusahaan mereka,” katanya.

Radziah memberi peneranga kepada Ewon mengenai produknya

Beliau berkata, ZICS boleh membantu para penanam rumpai laut atau nelayan mengingkatkan hasil pendapatan mereka.

“Idea untuk mencipta ZICS ini tercetus kerana kegagalan dan kerugian yang saya alami, kerana sebelum ini saya mengusahakan penanaman rumpai laut secara tradisional iaitu terbuka dan membenarkan penyu dan ikan masuk memakan atau merosakkan rumpai laut. 

“Dengan adanya inovasi ini, penyu dan ikan tidak dapat masuk dan kami pun tidak mencederakan mereka,” katanya dan menambah inovasi yang beliau cipta kini digunakan di Pulau Omadal Semporna dan akan dijual ke luar kawasan Semporna yang menghadapi masalah yang sama.

Pada majlis itu lima pemenang kebangsaan Shell LiveWIRE 2023 — GK Aqua, Southeast Asia Treasure, Grace Creation, Materials in Works dan Pungu Borneo. 

Usahawan-usahawan itu adalah sebahagian daripada 15 finalis yang dipilih daripada 180 usahawan yang menyertai program Shell LiveWIRE tahun ini. 

Penilaian dibuat berdasarkan bidang perniagaan finalis yang menunjukkan dorongan mereka untuk mengembangkan idea perniagaan berdasarkan model perniagaan komprehensif, keupayaan pasukan dan daya tarikan perniagaan.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular