HomeUtamaBRF 2023 tingkat mutu band tempatan Sabah - Awie

BRF 2023 tingkat mutu band tempatan Sabah – Awie

Read Time:2 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Borneo Rock Festival (BRF) 2023 yang akan berlangsung di Stadium Likas pada 30 Disember ini bukan hanya sekadar festival muzik semata-mata tetapi suatu platform bermanfaat bagi band tempatan Sabah menimba ilmu agar dapat meningkatkan mutu persembahan masing-masing, kata vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie.

“Festival ini secara tidak langsung juga boleh mengetengahkan band-band tempatan yang ada di negeri ini dan saya berharap mereka akan memberikan persembahan terbaik selain melihatkan sendiri cara band senior seperti Search dan Wings yang sudah berpengalaman lebih 20 sehingga 30 tahun bergelar anak seni.

“Band-band anak muda ini perlu bersyukur dan menggunakan peluang sebaik mungkin disebabkan bukan semua mempunyai kelebihan seumpama ini,” kata Awie ketika ditemui pada sidang media BRF 2023 pada Sabtu.

Bagi vokalis Search, Datuk Amy berharap BRF 2023 boleh memeriahkan lagi industri muzik Malaysia malahan mengangkat kepelbagaian muzik di Sabah berikutan menyifatkan negeri terbabit mempunyai ramai penyanyi serta pemuzik baharu yang berbakat.

“Sabah memiliki ramai penyanyi serta pemuzik muda berkualiti yang boleh digilap untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi.

“Saya percaya festival ini nanti adalah kita boleh ibarat sebagai medan untuk anak-anak muda ini mempamerkan kehebatan mereka.

“Mungkin bermula daripada pentas festival itu nanti, band-band Sabah ini akan mengembangkan bakat mereka ke seluruh Malaysia malahan peringkat antarabangsa,” katanya.

Sementara itu penjualan tiket BRF 2023 yang kini sudah mencapai 70 peratus setakat awal Disember diyakini mampu mendapat sambutan luar biasa rakyat Sabah.

Malahan respon masyarakat menerusi pelbagai platform media sosial turut memperlihatkan BRF 2023 adalah suatu penganjuran yang bertepatan khususnya dalam kalangan generasi muda.

Penganjurnya, Datuk Abdul Rahim berkata, pihaknya mensasarkan kehadiran seramai 20,000 pengunjung dan setakat ini, 10,000 tiket diberikan kepada Sabah Motor Day (SMD) untuk dijual kepada ahli kelab masing-masing.

“Daripada jumlah itu, 5,000 keping tiket sudah terjual setakat 1 Disember lalu. Oleh itu, ahli-ahli lain belum mendapatkan tiket, beli dengan kadar segera kerana kita percaya ramai yang ingin datang memeriahkan festival rock ini yang julung kali diadakan di Sabah.

“Selain itu, 10,000 tiket untuk dijual kepada orang awam pula kita jangkakan boleh habis terjual dalam masa dua hingga minggu ini sebelum festival berlangsung pada 30 Disember di Stadium Likas,” katanya.

Turut hadir pada sidang media itu vokalis Butterfingers, Emmett.

Selain kumpulan Search dan Wings, tiga kumpulan terkemuka tanah air yang bakal menghiburkan penonton adalah Hujan, Butterfingers dan A.C.A.B.

Festival turut diserikan dengan persembahan 10 band tempat Sabah seperti Maka Amef, Mahkluk, Silversun, Suka Suki, Markaz79, Beyond My Rage, Dita Darcia, Gutaeters, Measmata dan Melodychain.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Memahami Bidang Kuasa TYT Sabah & Mengapa Tun Musa Aman Dilantik?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular