HomeUtamaWarga DBKK perlu amal, budayakan kerja berintegriti

Warga DBKK perlu amal, budayakan kerja berintegriti

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Warga Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) perlu mengutamakan dan membudayakan amalan kerja berintegriti dalam melaksanakan tugas seharian mereka.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, ia penting kerana warga DBKK sering terdedah kepada pelbagai keadaan sekali gus perlu membuktikan DBKK bebas kepada gejala rasuah.

Katanya, ketulusan dalam melaksanakan tugas sangat dituntut bagi memastikan warga bandaraya yakin terhadap mutu serta perkhidmatan ditawarkan DBKK.

“Kita mempunyai Bahagian Integiti DBKK yang berfungsi memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan di semua Jabatan serta Jawatankuasa Antirasuah bagi menyelaras dan memantau aktiviti pengukuhan integriti di DBKK.

“Ini bagi memastikan pembudayaan, penginstitusian serta pelaksanaan integriti dalam organisasi akan dapat dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya pada sambutan Hari keluarga DBKK di Padang Merdeka di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie.

Noorliza berkata, pelbagai kejayaan sudah dicapai DBKK dalam tahun ini sehingga mengharumkan namanya di peringkat antarabangsa.

“Inilah kekuatan serta budaya kerja yang diamalkan oleh DBKK, kita sentiasa siap sedia 24 jam untuk memastikan warga bandaraya selesa, bersih dan selamat untuk dikunjungi.

“Ada satu kejadian yang perlu dicontohi oleh warga DBKK apabila ada sifat kejujuran anggota yang mengembalikan dompet kepada pemiliknya.

“Dalam dompet tersebut mengandungi wang tunai RM10,000, bayangkan jika beliau tidak jujur sudah tentu wang tersebut tidak akan dikembalikan kepada pemilik, sikap kejujuran ini harus dicontohi oleh warga DBKK,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular