HomeUtamaKarnival HPPK Peringkat Kebangsaan di Penampang Khamis ini

Karnival HPPK Peringkat Kebangsaan di Penampang Khamis ini

Read Time:1 Minute, 51 Second

Kota Kinabalu: Kira-kira 50,000 pengunjung dijangka hadir membanjiri Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2023 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Buhavan Square Penampang.

Karnival yang akan diadakan selama tiga hari bermula Khamis ini dijangka akan  dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang karnival berlangsung.

Katanya, sebanyak 300 gerai jualan daripada 50 pempamer, 30 food truck, 190 gerai penjaja dan peniaga kecil dan 14 gerai aneka rasa menawarkan pelbagai jualan seperti makanan dan minuman, kraftangan, pakaian dan banyak lagi.

“Turut diadakan, Jualan Madani Koperasi, Fama dan Jualan Rahmah bagi memberi peluang kepada para pengunjung mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga yang lebih murah daripada harga biasa di pasaran.

“Selain itu, aktiviti lain sepanjang HPPK ialah cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik seperti barangan elektrik, baucer, hamper dan banyak lagi.

“Pertandingan memasak, mewarna, karaoke, pertandingan Mobile Lagend dan Pertandingan Kereta Mini 4WD, ceramah mengenai keusahawanan daripada agensi-agensi kementerian, pemeriksaan kesihatan dan khidmat menggunting rambut juga akan diadakan,” katanya.

Ewon berkata, Konsert Aramai Boh juga akan diadakan pada hari kedua iaitu 8 Disember bermula pukul 8 malam hingga 10 malam di pentas utama Buhavan Square.

“Artis-artis jemputan yang akan menjayakan konsert itu ialah Stacy, Akim, Esther Applunius, Elica Paujin, Jimmy Palikat, Benn Simon, Lyron Felix, Mary Intiang, Raitim Sitim, Martha Ginun dan live band daripada Cun-Cun & The Brothers,” katanya.

Bagi yang berminat menyertai pertandingan karaoke “Nyanyian Suara Emas”, saringan akan diadakan pada hari kedua (8 Disember) di Pentas Utama bermula pukul 2.00 petang dan pertandingan akhir pada hari ketiga (9 Disember) pukul 2.00 petang.

Juara pertandingan karaoke akan menerima hadiah wang tunai RM1,000, tempat kedua RM700 dan ketiga RM500 berserta trofi dan hamper.

Persembahan terbaik pula akan menerima hadiah wang tunai RM300, trofi dan hamper. Semua peserta akhir (10 orang) akan menerima hamper.

Beliau berkata, bagi mengelak kesesakan dan memudahkan orang ramai berkujung ke Buhavan Square, enam bas HPPK2023 akan disediakan untuk mengambil dan menghantar pengunjung dari ITCC ke Buhavan Square.

Para pengunjung yang membawa kenderaan sendiri boleh meletakkan kenderaan di beberapa tempat yang disediakan iaitu Pusat Kebudayaan Sabah Penampang, Perpustakaan, Sabah Credit, Tokong Cina dan ITCC.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular