HomeUtamaPemilik syarikat didakwa, tuntutan palsu berjumlah RM315,600

Pemilik syarikat didakwa, tuntutan palsu berjumlah RM315,600

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Seorang pemilik syarikat didakwa di mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini berhubung tuntutan palsu berjumlah RM315,600 di bawah program PENJANA 2.0.

Tertuduh Bakruni Juani, 37, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan utama dan alternatif di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga.

Menurut fakta pertuduhan pada tahun 2020 dan 2021, syarikat Aquamiste Legacy telah mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM315,600 kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi memperoleh peruntukan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) 2.0 bagi melaksanakan ‘Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan’ sedangkan program tersebut tidak dilaksanakan mengikut prosedur dan syarat yang sepatutnya.

Bagi kesalahan utama pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (2) Akta yang sama 2009, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah yang terlibat atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, apabila disabitkan.

Manakala kesalahan alternatif mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, boleh dihukum di bawah Seksyen 465 akta sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Izzati Sapifee manakala Bakruni, yang diwakili peguam Rahimah Majid, diikat jamin RM10,000 dengan deposit RM2,000 di bawah penjamin tempatan.

Mahkamah juga memerintahkan beliau melaporkan kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua bulan sekali dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah serta tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan sementara menunggu kes selesai.

Mahkamah menetapkan perbicaraan semula kes pada 16 Jan 2024.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular