HomeUtamaLHDN hampiri sasaran kutipan RM7.2 bilion

LHDN hampiri sasaran kutipan RM7.2 bilion

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menghampiri sasaran kutipan hasil daripada cukai langsung bernilai RM 7.2 billion bagi tahun 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Dr Mohd Nizom Sairi berkata, sehingga 31 Oktober lalu, kutipan yang diperoleh adalah berjumlah RM 6.38 billion berbanding kutipan RM 5.47 billion pada tahun lepas.

“Ia menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak 16.68 peratus dan melihat kepada hari yang berbaki kira-kira tiga minggu ini sasaran tersebut akan berjaya dicapai.

“Melalui pencapaian tersebut, ia juga membayangkan ekonomi di peringkat negeri berada dalam keadaan baik dan stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Selain memaklumkan mengenai prestasi LHDN, kunjungan tersebut juga bertujuan untuk memperkenalkan Pengarah LHDN Sabah baharu, Azrul Hisham yang menggantikan Datuk Hajam Lajah Alam berkuatkuasa 6 Disember ini.

Terdahulu, Tun Juhar turut menerima kunjungan daripada Ketua koordinator Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, Karima El Korri dan rombongan.

Jelas Karima, beliau berbesar hati dapat mengadakan kunjungan tersebut dan sempat bertukar pandangan bersama Tun Juhar mengenai pelbagai topik antaranya mengenai peluang pembangunan dan potensi negeri Sabah dalam menjadi sebahagian daripada pembangunan Malaysia.

Turut sama dalam kunjungan tersebut, Ketua Pejabat Penyelaras Residen dan Perancangan Strategik, Juanita Joseph dan Pakar Ekonomi Kanan, Dr Richard Marshall.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular