Perdana Menteri tiba untuk lawatan kerja di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:33 Second

Kota Kinabalu : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sabah untuk lawatan kerja sehari bermula esok.

Pesawat khas Airbus-320 yang membawa rombongan beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Terminal Dua pada jam 9.30 malam, di sini sebentar tadi.

Hadir menyambut ketibaan beliau ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Kadzim M. Yahya, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Datuk Ewon Benedick dan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Anwar dijadual menghadiri acara rasmi di Tenom dan Penampang sebelum meneruskan lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan Labuan pada petang esok.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *