HomeUtamaSuspek warga asing ditahan, miliki senapang angin buatan sendiri

Suspek warga asing ditahan, miliki senapang angin buatan sendiri

Read Time:1 Minute, 10 Second

SEMPORNA: Seorang lelaki warga asing telah ditahan bersama dua laras senapang angin (senapang guli) dalam satu serbuan dan pemeriksaan di sebuah rumah pekerja syarikat ladang sawit di sini malam tadi (5 Dis).

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, bertindak atas maklumat orang awam, pada 5 Disember 2023, jam lebih kurang 11.00 malam, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna telah membuat serbuan dan pemeriksaan di sebuah rumah pekerja syarikat ladang sawit di Daerah Semporna.

“Dalam serbuan tersebut, pihak polis telah menangkap seorang lelaki warga asing berumur 38 tahun dan merampas dua laras senapang angin (senapang guli) buatan sendiri yang di simpan di dalam rumah suspek.

“Turut dirampas sebanyak 66 biji guli dan sebotol spirit untuk kegunaan senjata berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Farhan, suspek dan barang rampasan kemudiannya dibawa ke IPD Semporna untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang jika disabitkan boleh dihukum dengan penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali

“Orang ramai di larang untuk memiliki, dalam jagaan atau kawalan, membawa atau menggunakan apa-apa senjata atau amunisi tanpa suatu permit yang sah,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat dipohon untuk menyalurkan maklumat berkenaan ke IPD Semporna di talian 089-782020 atau mana-mana balai polis berhampiran.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular