HomeSukanSukan Sabah : KK manfaat kelebihan bermain di laman sendiri

Sukan Sabah : KK manfaat kelebihan bermain di laman sendiri

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Kelebihan bermain di laman sendiri akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan mewakili Kota Kinabalu dalam acara bola sepak Sukan Sabah (SAGA) edisi ke-10 yang akan bermula 16 Disember ini.

Pengurus pasukan lelaki Kota Kinabalu, Lokman Sunggim berkata, kelebihan itu akan digunakan sebaiknya apabila mereka akan bermain di padang SUKMA di sini.

Katanya, pemain-pemain seharusnya mempergunakan peluang yang ada itu untuk kelebihan mereka selain menunjukkan prestasi permainan yang terbaik.

“Kelebihan beraksi di halaman sendiri ini sepatutnya mereka tidak persia-siakan di samping membuktikan usaha dan kesungguhan untuk memburu pingat,” katanya ketika ditemui di sini.

Lokman yakin pemain-pemain mampu beraksi dengan baik memandangkan mereka semakin menunjukkan peningkatan terutama dalam aspek kombinasi dan persefahaman yang ditampilkan dalam permainan.

“Kita hanya mempunyai masa lebih seminggu dalam mempertingkatkan tahap kecergasan dan diharapkan semua pemain terlibat mempergunakan peluang yang ada itu,” katanya.

Berada dalam Kumpulan A, Kota Kinabalu akan memulakan cabaran awalnya menentang pasukan Penampang di padang SUKMA A pada 16 Disember ini jam 4 petang.

Pada 17 Disember, Kota Kinabalu akan berhadapan pasukan Telupid di venue yang sama jam 8 pagi.

Perlawanan terakhir Kota Kinabalu dalam perlawanan peringkat kumpulan akan bertemu pasukan Tuaran di padang SUKMA A pada 18 Disember jam 8 pagi.

Perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada 20 Disember ini manakala perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Likas pada 22 Disember ini jam 4 petang.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular