KOTA KINABALU — Pencapaian yang membanggakan,apabila Edgar Scout Davy, 15 tahun telah memenangi gelaran Naib Johan Pertandingan Malam Kebudayaan Antarabangsa yang diadakan semasa Jambori Pengakap Kebangsaan di Negara Brunei Darussalam baru-baru ini.
Persembahan Edgar dari SMK Gunsanad II Keningau itu menampilkan tarian tradisional ‘Alang Kalawon Tuou’ atau ‘Pahlawan Burung Ruai,’ menawan hati penonton dan mendapat sanjungan juri.
Mewakili kontinjen Negeri Sabah, Edgar mengatasi peserta dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan negara tuan rumah, Brunei.
Jambori yang berlangsung dari 2 hingga 7 Disember 2023, di Bukit Bendera di Daerah Tutong, Brunei Darussalam, menyaksikan persembahan pertukaran budaya antara negara peserta dan persembahan Edgar itu berjaya mengatasi 19 pasukan antarabangsa yang lain, mempamerkan kedua-dua bakat dan kebanggaan budaya negara peserta.