HomeUtamaSSF 2023 platform terbaik pamer seni, inovasi ke medium digital

SSF 2023 platform terbaik pamer seni, inovasi ke medium digital

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran Anugerah Sabah Screen Fest (SSF) 2023 yang berteraskan teknologi seni kreatif merupakan satu platform baik dalam mempamerkan penemuan seni dan inovasi yang ditransformasikan ke medium digital.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, melalui SSF, jurang antara teknologi dan seni akan dapat dirapatkan selain melahirkan generasi kreatif dan celik IT.

“Saya percaya, bahawa skrin digital bukan sekadar kanvas untuk piksel dan kod semata-mata tetapi medium yang berkuasa untuk menyampaikan cerita, ekspresi diri, dan juga mesej kemasyarakatan yang akhirnya dapat dimanfaatkan oleh seluruh lapisan masyarakat.

“Tambahan pula,SSF ini dapat memberi pendedahan dalam bidang kemahiran multimedia dan digital untuk menyerlahkan lagi peranan penggunaan teknologi seperti penggunaan kamera digital yang mampu membuat filem lebih dramatik dan kelihatan lebih nyata.

“Penggunaan aplikasi komputer grafik seperti ‘Green Screen’ dan ‘Computer Generated Imagery (CGI) juga dapat membantu memberikan kualiti grafik yang sangat tinggi dengan efek yang lebih terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Maam Anugerah SSF 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Harun Durabi.

Arifin berkata, menerusi penerokaan inovasi yang ada, pihaknya berharap ianya akan dapat mencetuskan rasa ingin tahu dan menggalakkan pencarian ilmu dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Katanya, ianya juga akan dapat diterapkan dalam hasil karya dengan kreativiti masing-masing melalui penghasilan Filem Pendek, Dokumentari, Animasi dan Iklan.

“Kementerian ini juga akan memberi pengiktirafan kepada mereka yang berjaya mengangkat martabat industri kreatif dengan mewujudkan anugerah khas baharu bagi hasilan yang lebih menepati penggunaan teknologi dan inovasi iaitu Anugerah Sinematografi Terbaik untuk Kategori Filem Pendek dan Anugerah Grafik dan Visual Terbaik untuk Kategori Animasi,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin berkata, sebanyak 188 permohonan telah yang diterima iaitu sebanyak 86 bagi kategori terbuka dan 102 bagi kategori sekolah.

Katanya, kementerian masih lagi mengekalkan kategori pertandingan seperti tahun-tahun yang sebelumnya iaitu Filem Pendek, Dokumentari, Iklan dan Animasi dan pertandingan ini dibuka kepada semua warga Malaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular