HomeSukanDaniel, Diajeng ungguli Eastern Asia Juniors, Girls Chess Championship 2023

Daniel, Diajeng ungguli Eastern Asia Juniors, Girls Chess Championship 2023

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Daniel Quizon dan Diajeng Theresa Singgih berjaya mengungguli Eastern Asia Juniors And Girls Chess Championship 2023.

Daniel yang berasal dari Filipina memenangi kategori lelaki manakala Diajeng dari Indonesia menewaskan pesaingnya bagi kategori perempuan.

Daniel (kiri) menerima trofi kejohanan daripada Caesar selepas dinobatkan sebagai Johan kategori lelaki bagi kejohanan tersebut.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh wakil Ketua Menteri, Datuk Ceaser Mandela Malakun di sini, baru-baru ini.

Menurut Ceaser, pemilihan negeri Sabah sebagai tempat penganjuran pertandingan itu sedikit sebanyak dapat mencungkil bakat-bakat baru.

Selain itu, kejohanan tersebut juga boleh dijadikan sebagai persediaan bagi pemain-pemain catur negeri untuk bertanding dalam Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak, tahun depan.                                                                            

Akhramsyah menyampaikan trofi dan pingat kepada Diajeng (kiri) yang memenangi bagi kategori perempuan sambil disaksikan Muammar (kanan).

Hadir sama, Presiden Persekutuan Catur Malaysia (MCF), Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Presiden Persatuan Catur Sabah, Muammar Julkarnain serta Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri, Muddin Beting.

Kejohanan yang berlangsung dari 1 hingga 9 Disember tersebut menarik seramai 59 peserta dari pelbagai negara termasuk Mongolia, Hong Kong, Korea Selatan dan China.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular