HomeIsu tempatanAnggota Maritim Malaysia terima Hadiah Pingat Emas USM

Anggota Maritim Malaysia terima Hadiah Pingat Emas USM

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laskar Kanan Maritim Alloysius anak Nain melakar sejarah peribadi apabila diumumkan sebagai penerima Hadiah Pingat Emas pelajar terbaik Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia (USM) baru – baru ini.

Kejayaan itu sekaligus turut mengharumkan nama Maritim Malaysia selain mampu memberi inspirasi kepada warga agensi penguatkuasaan itu.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, penganugerahan yang diterima Alloysius itu telah membanggakan seluruh warga Maritim Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan.

Katanya, selain itu ianya secara tidak langsung memberikan inspirasi kepada warga Maritim Malaysia bagi mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.

Alloysius, 30 tahun berbangsa Bidayuh dan berasal daripada Sarawak merupakan anggota yang bertugas di Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah telah menamatkan pengajian selama lima tahun dengan cemerlang.

Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah sepanjang pengajian beliau antaranya Anugerah Dekan pada setiap sidang akademik, Anugerah Projek Tahun Akhir Terbaik dan Anugerah Kecemerlangan Akademik.

Alloysius memaklumkan, walau berhadapan kerjaya hakiki sebagai anggota Maritim Malaysia, ia tidak pernah menjadi halangan besar untuk beliau menamatkan pengajian sebaliknya tugasan hakiki yang dilaksanakan turut membantu beliau dalam menyelesaikan latihan yang diberikan oleh pihak fakulti.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular