HomeUtamaBelajar, kuasai bahasa asing selain bahasa kebangsaan, bahasa ibunda - Dr. Joachim

Belajar, kuasai bahasa asing selain bahasa kebangsaan, bahasa ibunda – Dr. Joachim

Read Time:1 Minute, 42 Second

RANAU: Golongan muda termasuk di daerah ini digalakkan untuk belajar dan menguasai bahasa asing selain bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda.

Sehubungan dengan itu, Timbalan Ketua Menteri II yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam mencadangkan golongan muda ini belajar dan menguasai sekurang-kurangnya satu bahasa asing lain selain bahasa Inggeris iaitu sama ada bahasa Jepun, Jerman, Korea atau Cina.

Katanya, bahasa-bahasa asing ini mempunyai teknologi yang lebih canggih yang boleh dipelajari sekiranya mampu menguasai bahasa mereka.

“Banyak pelancong dari negara lain, dan negara maju dari segi teknologi, jadi tidak salah kita menguasai bahasa mereka ini,” katanya pada Program Peningkatan Ekonomi dan Majlis Perasmian Kelab Anak Muda Kampung Lobou Baru (KAMLOBA) yang diadakan di balai raya kampung itu dekat sini pada Ahad (10 Dis).

Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan turut menyambut baik usaha meningkatkan ekonomi penduduk kampung dan belia Kampung Lobou Baru melalui program yang diadakan itu.

Beliau amat berbangga ada di kalangan anak-anak muda ini yang antaranya lepasan graduan bersama-sama orang kampung dengan memberi ceramah tunjuk ajar kepada anak-anak muda yang masih di bangku sekolah.

“Kita akan terus menyokong penuh usaha ini,” katanya.

Pada hari yang sama, Dr. Joachim yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) turut menyempurnakan simbolik penyerahan kunci dewan mini Kironas semasa Program Jelajah Keluarga PBS.

Dewan ini akan memberi manfaat kepada lebih 900 penduduk dua kampung iaitu Kg. Kirokot dan Kg. Kilanas Baru.

Beliau turut menyampaikan sumbangan 100 kerusi kepada dewan itu serta bantuan bakul makanan kepada penduduk yang memerlukan.

Dr. Joachim juga menerima permohonan keahlian baharu parti daripada lebih 60 orang yang menyertai cawangan parti di situ.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri II, Yubidi Gompoyo; Ketua Anak Negeri (KAN) DUN Kundasang, Dominic Ghani; Pengerusi KAMLOBA, Riendy Waddin, Penaung KAMLOBA yang juga Pegawai Khas kepada Menteri Kewangan, Sharin Mujin; Pegawai E-Kasih Daerah Ranau, Samdin Rijin; Pengerusi JKKK Kg. Kirokot, Jainol Sutirin; Pengerusi JKKK Kg. Kilanas Baru, Denius Usor; kakitangan UPPM DUN Kundasang serta ahli PBS cawangan Kirokot.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular