HomeUtamaTPNS bentuk masa depan pendidikan berkualiti

TPNS bentuk masa depan pendidikan berkualiti

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Penubuhan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) diwujudkan untuk menjadi landasan bagi membolehkan lebih ramai anak-anak Sabah berpeluang ke institusi pengajian tinggi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TPNS, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, inisiatif TPNS juga selaras dengan salah satu teras hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu meningkatkan pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Majlis Penyerahan Bantuan TPNS di Wisma Bandaraya, hari ini.

Mengenai program-program yang dilaksanakan, Mohd Arifin berkata, sejak dilancarkan pada 2 Jun 2022, jumlah sumbangan dana yang diterima ialah RM55.7 juta.

“Daripada jumlah tersebut, setakat bulan Disember 2023, TPNS melalui Kumpulan Yayasan Sabah telah menggunakan RM3.7 juta untuk memberikan bantuan pendidikan kepada seramai 2,890 orang siswa-siswi yang sedang menuntut di dalam Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia dan juga di luar negara.

“Keutamaan pemberian bantuan adalah kepada siswa-siswi yang dalam kalangan keluarga B40 dan M40 yang sangat memerlukan bantuan serta pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik kerana bidang-bidang tersebut mempunyai potensi kebolehpasaran yang baik dan amat diperlukan di masa hadapan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kumpulan Yayasan Sabah melalui Bahagian Pembangunan Pendidikan selaku Urusetia TPNS kerana sentiasa proaktif dalam menjalankan program-program TPNS dan sentiasa menyokong usaha Kerajaan Negeri Sabah dalam melaksanakan program-program pembangunan pendidikan di Sabah.

Tambah beliau, sepanjang satu tahun pelaksanaan TPNS, seramai 2,890 orang siswa-siswi telah mendapat bantuan tajaan pendidikan.

“Semoga jawatankuasa TPNS akan lebih giat melaksanakan program-program bantuan pendidikan agar lebih ramai anak-anak Sabah dapat dibantu agar mereka dapat melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi untuk tahun hadapan dan seterusnya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular