HomeUtamaDetik manis kembar seiras kongsi pentas terima ijazah

Detik manis kembar seiras kongsi pentas terima ijazah

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Menerima ijazah bersama-sama dalam bidang yang sama menjadi detik manis kepada sepasang kembar seiras pada istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-25 di sini semalam.

Pasangan kembar, Nur Hikhmah Isavani @ Sulbani (Kakak) dan Nur Hatimah (Adik) itu merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik Industri dengan Kepujian.

Ketika berkongsi kisah, Nur Hikhmah mengakui sukar untuk berpisah dengan adik kembarnya sejak berada di sekolah rendah.

“Sebenarnya saya memang meminati fizik dan adik saya juga memilih bidang yang sama kerana kami dua tidak mahu berpisah sejak dari sekolah rendah lagi.

“Ketika tahun pertama kami di UMS iaitu pada 2019, kami ditempatkan di satu bilik sama dan tahun berikutnya kami terpaksa belajar dari rumah berikutan negara pada ketika itu dilanda COVID-19.

“Kalau belajar, kami sama-sama juga tapi dari segi penilaian itu kami ‘terpisah’ kerana dinilai berdasarkan kumpulan yang diberikan,” katanya.

Sementara itu adiknya, Nur Hatimah berkata, bidang fizik yang diambil bersama kakak kembarnya itu adalah disebabkan minatnya yang mendalam terhadap sains.

“Memandangkan dalam sistem UPU itu terpilih untuk bidang fizik maka kami mengambil keputusan untuk mengikuti pengajian bersama.

“Andai satu hari nanti kami berjauhan, memang rasa sedih itu ada tapi lama-lama kami akan cuba untuk hadapi situasi ini,” katanya.

Pasangan kembar itu berkata, mereka merancang untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi mendalami lagi bidang berkaitan sains. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular