HomeUtamaRombakan Kabinet : Siti Aminah digugurkan, tiga lagi Timbalan Menteri dari Sabah...

Rombakan Kabinet : Siti Aminah digugurkan, tiga lagi Timbalan Menteri dari Sabah bertukar portfolio

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Ahli Parlimen Beaufort Datuk Aminah Aching yang sebelum ini menganggotai Kabinet Persekutuan digugurkan dalam rombakan terbaharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Aminah satu-satunya wakil wanita dari Sabah sebelum ini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi.

Portfolio berkenaan telah diambil alih oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu Datuk Chan Foong Hin yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Selain itu Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia beralih portfolio mengambil tempat Foong Hin.

Turut bertukar portfolio, Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud yang sebelum ini Timbalan Menteri Sumber Manusia beralih portfolio sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

Ahli Parlimen Dato’ Mohammad Yusof Apdal yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi beralih memegang jawatan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Selain Aminah, turut digugurkan seorang menteri dan timbalan menteri iaitu V Sivakumar yang sebelum ini menerajui Kementerian Sumber Manusia.

Jawatan Menteri Sumber Manusia kini dipegang Steven Sim Chee Keong, yang sebelum ini ialah Timbalan Menteri Kewangan II.

Timbalan Menteri yang turut digugurkan ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Warga asing terlepas hukuman mati, terima 33 tahun penjara dan sebatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular