HomeUtamaPendidikan penting lahirkan modal insan berdaya saing - Hajiji

Pendidikan penting lahirkan modal insan berdaya saing – Hajiji

Read Time:1 Minute, 43 Second

TUARAN: Kerajaan negeri memberi keutamaan kepada aspek pendidikan untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing, berkemahiran dan berkualiti tinggi, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, komitmen kerajaan juga seiring dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menjadikan Pembangunan Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat
sebagai teras kedua pelan berkenaan.

Justeru, katanya, banyak inisiatif yang telah beliau perkenalkan dan berikan kepada pelajar negeri ini dari peringkat sekolah rendah, menengah hingga ke institut pengajian tinggi (IPT) untuk memastikan mereka dapat meneruskan pembelajaran hingga ke tahap lebih tinggi.

“Semua inisiatif itu semata-mata untuk membantu dan memastikan kecemerlangan anak-anak dalam pendidikan, kerana mereka merupakan modal insan yang penting dan amat diperlukan untuk membawa negeri ini ke tahap yang lebih
membangun.

“Kerajaan juga mahu memastikan anak-anak sama ada berada di bandar atau luar bandar negeri ini mendapat kesamarataan akses pendidikan yang sempurna dengan keadaan sekolah yang baik dan selesa.

“Hanya menerusi ilmu pengetahuan, kemahiran dan pendidikan yang tinggi, mereka dapat bersaing dan berjaya, sekaligus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negeri Sabah khususnya.

“Kerajaan Negeri juga terus memperkukuhkan lagi pembangunan modal insan dengan penyediaan peruntukan sebanyak RM474.55 juta pada tahun depan, untuk
melaksanakan pelbagai program antaranya berkaitan pendidikan dan latihan”, katanya pada Majlis Sambutan Jubli Intan 60 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Bundung, di sini
pada Selasa.

Menyentuh sekolah-sekolah daif di Sabah, Hajiji berkata Kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim memberi keutamaan
untuk menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan sekolah-sekolah tersebut.

Beliau juga mengingatkan ibu bapa agar memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang baik, dan tidak membiarkan mereka terjebak dengan kegiatan dan anasir negatif yang boleh merosakkan kehidupan dan masa depan mereka.

Sejajar dengan usia Jubli Intan SK Bundung, Hajiji mahu sambutan itu menjadi pemangkin dan pencetus semangat kepada seluruh warga sekolah untuk terus melahirkan lebih ramai modal insan yang cemerlang dari segi akademik dan insaniah, serta bersama-sama membangunkan negeri ini pada masa hadapan.

Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 ribu untuk membantu membaiki beberapa kemudahan di SK Bundung yang telah berusia 60 tahun, dan diketegorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) luar bandar.

RELATED ARTICLES
Utama

ESSCOM bakal lancarkan aplikasi ‘Friends Of Sabah’

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular