HomeSukanSAGA X : 182 pingat emas jadi rebutan, buka tirai temasya secara...

SAGA X : 182 pingat emas jadi rebutan, buka tirai temasya secara rasmi Sabtu ini

Read Time:55 Second

Kota Kinabalu: Temasya Sukan Sabah (SAGA) edisi ke-10 yang akan membuka tirai secara rasmi Sabtu ini bakal mempertaruhkan sebanyak 182 pingat emas melibatkan 103 acara.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan berkata, sukan dwitahunan itu akan dihoskan oleh daerah Kota Kinabalu selama seminggu.

Katanya, majlis perasmian SAGA ke-10 ini akan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Sabtu.

“SAGA merupakan sukan yang berprestasi tinggi dan berprestij di peringkat Negeri Sabah yang diadakan secara dwitahunan setelah kali terakhir berlangsung pada tahun 2019 dan tertangguh akibat penularan COVID-19.

“Seramai 6,784 orang atlet dan pegawai terlibat pada Sukan Sabah kali ini yang mempertandingkan 22 jenis sukan antaranya olahraga, badminton, bola sepak, sepak takraw dan juga pertambahan acara e-sport selari dengan perkembangan sukan ini.

“Meskipun Kota Kinabalu merupakan tuan rumah Sukan Sabah, namun beberapa acara sukan akan berlangsung di lima daerah lain seperti Tuaran, Penampang, Putatan, Ranau dan Keningau mengikut kesesuaian acara sukan yang terbabit,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menjemput orang ramai agar hadir menyaksikan bakat-bakat baharu sukan negeri ini.

RELATED ARTICLES
Sukan

Veteran kekal aktif hayun raket di usia emas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular