HomeSukanSAGA X : Fairuz lawat Pusat Media, MSN terima tajaan minuman Isotonik

SAGA X : Fairuz lawat Pusat Media, MSN terima tajaan minuman Isotonik

Read Time:49 Second

Kota Kinabalu : Pembantu Menteri Belia dan Dukan Sabah Datuk Fairuz Renddan hari ini berkesempatan melawat Pusat Media Sukan Sabah (SAGA) ke-10 2023.

Pusat Media yang terletak di atas bawah Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) itu mula beroperasi pada 14 Disember lalu di bawah seliaan Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Sabah.

Turut mengiringi Fairuz dalam sesi lawatan itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Belia Dan Sukan, Datuk Mansur Asun.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah Mohd Asneh Mohd Noor bersama Pengurus Perhubungan Kerajaan dan Korporat (Malaysia Timur dan Brunei) F&N Beverages Marketing Sdn Bhd Valerian Hansen Petrus menerima tajaan minuman 100Plus dan Seasons di Urusetia Sukan Sabah (SAGA) X Kota Kinabalu 2023 di Wisma MUIS.

F&N menjadi penaja utama minuman rasmi SAGA tahun ini yang berlangsung secara rasmi bermula 16 hingga 22 Disember.

Sebanyak 22 jenis sukan dipertandingkan pada edisi ke-10 yang melibatkan seramai 6,784 atlet dan pegawai mewakili 28 daerah seluruh Sabah.

RELATED ARTICLES
Sukan

Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027: Hannah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular