HomeSukanSAGA X : Keningau raih pingat emas acara Boling Padang

SAGA X : Keningau raih pingat emas acara Boling Padang

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Keningau berjaya memperoleh dua pingat emas dalam acara Boling Padang pada temasya Sukan Sabah (SAGA) ke-10 yang berlangsung di Gelanggang Boling Padang Kompleks Sukan Keningau pagi tadi.

Pingat emas itu hadir menerusi acara Singles Lelaki yang diwakili Edver Rivaldee Holiday dan Fours Lelaki diwakili Elldy Maxcanzie Zosmi; Alvandino Antoni; Darren Davy dan Ezequiell Junaidh @ Junaidih.

Bagi pingat perak acara Singles Lelaki dimenangi Tenom yang diwakili Jellneson Joanis dan Gangsa Bersama dimenangi Pitas dan Kota Belud.

Pingat Perak bagi acara Fours Lelaki pula dimenangi pasukan mewakili Beaufort dan Gangsa Bersama dimenangi Beluran dan Kota Kinabalu.

Sementara itu, pingat emas acara sama bagi kategori wanita Singles dimenangi Sandakan; Tenom (Perak) dan Gangsa Bersama dimenangi Beluran dan Kota Belud.

Bagi acara Fours pula, pingat emas dimenangi Kota Belud; Tenom (Perak) dan Gangsa Bersama dimenangi Beluran dan Sandakan.

Esok beberapa acara utama turut menjadi tumpuan antaranya Olahraga yang turut menawarkan pingat seperti 5,000 Meter (Wanita) 400 Meter lari berpagar masing-masing bagi kategori Lelaki dan Wanita. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular