HomeUtamaMTPN diminta bantu KPDN pantau jualan barang kawalan di pedalaman

MTPN diminta bantu KPDN pantau jualan barang kawalan di pedalaman

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sabah diminta untuk turut sama membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memantau barangan kawalan yang dijual peruncit khususnya di pedalaman di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, beliau tidak mahu insiden pelajar yang keracunan meminum minuman beracun di Pitas pada Jun lalu berulang kembali.

“Saya sebelum ini telah meminta pihak KPDN untuk memantau penjualan barangan kawalan seumpamanya, khususnya di pedalaman.

“Kita tidak mau insiden berkenaan berulang dan dijual kepada pelajar atau murid,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis Sabah Trusted Brand Award (STBA) 2023, MTPN Sabah di sini, semalam.

Hadir sama Yang Dipertua MTPN Sabah Kevin Lo, Timbalan Yang Dipertua MTPN Sabah merangkap Pengerusi Penganjur Rosnani Tallesang dan Pengarah MYIPO Sabah Asmah Khalid.

Terdahulu ketika berucap, James berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dalam mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif dan inovatif.

Katanya, melalui anugerah MTPN STBA, beliau berharap ia dapat menggalakkan para peniaga dan usahawan tempatan untuk terus memberikan komitmen serta daya usaha mempertingkatkan produktiviti, mutu perkhidmatan berkualiti tinggi dalam mengutamakan jenama produk masing-masing. 

“Ini sekali gus menjadikan perkhidmatan para peniaga kekal sebagai perkhidmatan yang relevan dan diyakini oleh pengguna.

“Pengiktirafan ini juga seharusnya mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan semua usahawan tempatan untuk membuktikan keupayaan masing-masing bagi menghasilkan perkhidmatan pengguna yang terbaik,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular