HomeSukanSAGA X : Pengguna jalan raya Jalan Donggongon – Papar Spurs dinasihat...

SAGA X : Pengguna jalan raya Jalan Donggongon – Papar Spurs dinasihat berhati-hati

Read Time:37 Second

Penampang : Pengguna jalan raya khususnya di Jalan Donggongon – Papar Spurs dinasihatkan agar berhati-hati ketika melalui laluan berkenaan berikutan beberapa acara berbasikal akan diadakan di jalan raya berkenaan.

Ia adalah bersempena temasya Sukan Sabah (SAGA) kali ke-10 yang telah bermula sejak Ahad dan akan turut diadakan pada hari ini.

Antara acara yang akan mempertaruhkan pingat dalam acara berbasikal adalah pecut 200 meter, masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita yang akan bermula pada jam 8 pagi.

Peringkat kelayakan acara itu akan berlangsung sehingga jam 11 pagi seterusnya peringkat suku akhir yang akan bermula jam 2 petang.

Separuh akhir pula dijadualkan bermula pada jam 3 petang diikuti peringkat akhir pada jam 4 petang dan upacara penyampaian hadiah yang dijadualkan bermula jam 5 petang.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC II yakin mampu peroleh semula rentak permainan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular