HomeUtamaPegawai Kanan Polis Di Dakwa Pagi Ini

Pegawai Kanan Polis Di Dakwa Pagi Ini

Read Time:1 Minute, 5 Second

KUALA LUMPUR: Pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pagi Ini, atas pertuduhan membunuh seorang pelajar 17 tahun dalam kes langgar lari dalam kejadian Jumaat lalu.

Tertuduh, 44, didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang juga pelajar Tingkatan Lima di Jalan Taman Jati 1, dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Meru antara 12.05 hingga 12.40 tengah hari.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan di depan Majistret S Punitha kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pegawai polis yang berpangkat Deputi Superintenden dan bertugas di IPK Kedah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati atau dipenjara 30 hingga 40 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Mohd Nazri kelihatan tenang sebaik pertuduhan dibacakan.

Sementara itu ahli keluar mangsa turur hadir ke mahkamah, malah abang mangsa, Zarul Fitri tidak dapat menahan sebak ketika pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh.

Pertuduhan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi, Khairul Azreem Mamat, Wan Azimah Yaacob, Afzainizam Abdul Aziz, Saiful Akmal Mod Said, Nasrul Hadi Abdul Ghani, J Geetha dan Low Qin Hui, manakala tertuduh diwakili peguam Jacky Loi Yap Loong.

Mahkamah menetapkan 7 Feb depan untuk sebutan semula kes, sementara menunggu laporan kimia.

Bedah siasat terhadap mangsa mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian dada dan abdomen.

RELATED ARTICLES
Utama

Jabatan Perhutanan perlu terus tingkatkan kutipan hasil hutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya