Kota Kinabalu : Perebutan gelaran sebagai Raja dan Ratu Pecut Sukan Sabah (SAGA) kali ke-10 bakal terjawab esok menerusi acara 100 meter yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Tuaran.
Saingan bagi perebutan gelaran itu dijangka akan tertumpu kepada atlet mewakili Sandakan Pengiran Aidil Auf Hajam @ Pg Roslie bagi kategori Lelaki.
Pengiran Aidil pada peringkat separuh akhir mencatat masa terpantas 11.00s bagi memenangi saringan dua dihadapan Edrick Feivel Florentius dari Penampang dengan 11.18s dan Mohammad Ariff Aiman dari Lahad Datu dalam 11.24s.
Saingan terdekat Aidil adalah merupakan pemenang pingat emas 100 meter Majlis Sukan Sekolah Menengah (MSSM) 2022 dan baru-baru ini memenangi gangsa dalam Kejohanan Bawah-20 Asia pada Jun, iaitu Dexter Rebie dari Tambunan yang memenangi saringan separuh akhir.
Dexter mencatat masa 11.17s untuk menjadi kedua terpantas, menewaskan Carlson Camilus dari Ranau dalam masa 11.22s dan Rio Nell Erron Ojella dari Keningau 11.62s.
Dalam saringan ketiga, seorang lagi pelari pecut Tambunan merangkul tempat teratas iaitu Hanssen Yap Soon Fu dengan 11.23s manakala Adam Tan Chee Heong dari Tuaran dan Mohammad Azri Mohammad Abli menduduki tempat kedua dan ketiga masing-masing 11.33s dan 11.49s.
Untuk rekod, hanya dua peserta teratas dalam setiap saingan saringan mara secara automatik ke perlawanan akhir esok.
Mereka ialah Pengiran Aidil, Edrick, Dexter, Carlson, Hanssen dan Adam manakala dua tempat ketiga terpantas Arief dan Ari akan menyertai mereka dalam perlumbaan peringkat akhir.
Dalam kategori wanita, Shayna Heather Tahing dari Penampang adalah yang terpantas pada separuh akhir (13.34s) dan dia akan disertai Arinisia Jewa (13.90s) dari Kota Kinabalu pada perlawanan akhir dari saringan tiga.
Finalis lain ialah dua pelari terbaik dalam saringan dua iaitu Nur Aziqah Sapri dari Sandakan (13.61s) dan Sheryna Natasha dari Kota Belud (14.03s).
Pemenang saringan pertama, Esther Joanne Ailos dari Tuaran dengan masa kedua terpantas 13.36s, Theresia Anastasius dari Tambunan dalam 13.52s juga layak ke peringkat akhir.
Dayangku Nursyafinaz Syazirah dari Kinabatangan (13.71s) dan Rizkah Abdullah dari Penampang (13.85s), yang menduduki tempat ketiga dan keempat dalam saringan satu, melengkapkan barisan wanita.
Sementara itu, Nur Denisha Shazlia Abdullah dari Kalabakan memenangi emas pertama olahraga SAGA dalam acara 5,000m wanita.
Dia mencatat masa 20:56.71s untuk mengenepi Efyna Ares Lizod dari Pitas (20.59.66s) dan Ledia Engku dari Ranau (21:37.94s).
Dua lagi emas yang ditawarkan adalah dalam acara 400m lari berpagar lelaki dan wanita.
Elvin Esak dari Ranau memenangi perlawanan akhir lelaki dengan masa 56.01s diikuti Aidan Andrew Daniel (56.05s) dari Tambunan dan Muhammad Firdaus Darus Salam (57.78s) dari Kalabakan.
Frenynila Sherly Lucius dari Kota Marudu memenangi emas wanita dengan 66.78s manakala Veeroniza Seibit dari Ranau dengan 68.95s dan Goloria Eilisa Soeneh dari Kalabakan dengan 70.23s masing-masing memperoleh perak dan gangsa. – SABAH MEDIA