HomeSukanSAGA X : Kota Kinabalu raih dua pingat emas acara Shooting Lelaki...

SAGA X : Kota Kinabalu raih dua pingat emas acara Shooting Lelaki dan Wanita

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Kota Kinabalu berjaya meraih dua pingat emas menerusi Petanque acara Shooting masing-masing bagi kategori Lelaki dan Wanita yang berlangsung di Arena Petanque Politeknik Kota Kinabalu di sini.

Peserta mewakili Kota Kinabalu kategori Lelaki, Mohammad Aiman Danial berjaya menewaskan Muhammad Hazlami yang mewakili Papar dengan keputusan 18-6 pada peringkat akhir membolehkan kedua-dua peserta membawa pulang pingat emas dan perak.

Pemenang acara Petanque Shooting Lelaki

Pingat gangsa bersama berjaya dimenangi Abraham Junior yang mewakili Kota Belud dan Muhammad Ruzaimi mewakili Putatan.

Sementara itu, bagi acara Shooting kategori Wanita berjaya dimenangi Nur Shaqina Sari yang mewakili Kota Kinabalu menewaskan Maxivianna (Tawau) dengan keputusan 15-9 membolehkan kedua-dua peserta membawa pulang pingat emas dan perak.

Kategori sama bagi pingat gangsa berjaya dimenangi Marysa Apple dan Adcey Nicole dengan keputusan 12-9.

Dalam pada itu, pasukan Beaufort dan Pitas berjaya memperoleh emas berpasukan lelaki dan wanita Petanque yang berakhir malam tadi.

Pemenang acara Petanque berpasukan lelaki

Beaufort muncul johan kategori berpasukan lelaki setelah menewaskan Kota Belud dengan 2-1, sementara Kota Kinabalu di tempat ketiga.

Bagi kategori wanita berpasukan, emas milik Pitas setelah menewaskan Papar 3-0, manakala Keningau pula sekadar memperoleh gangsa.

Pemenang acara Petanque berpasukan wanita

Kejohanan petanque pada temasya kali ini menawarkan 11 pingat emas.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular