HomePendapatKementerian Kesihatan Perlu Tangani Segera Isu-Isu Dari Video Viral Ini

Kementerian Kesihatan Perlu Tangani Segera Isu-Isu Dari Video Viral Ini

Read Time:3 Minute, 6 Second

OLEH MUDA MUHAMMAD

Tular baru-baru ini beberapa video menerusi aplikasi Whatsapp berkaitan isu vaksinasi. Intipatinya banyak yang mempertikaikan kesan selepas program vaksinasi diadakan. Dalam satu video berdurasi 1 minit 25 saat, Pierre Kory seorang Chief Medical Officer di Front Line COVID-19 Critical Care Alliance (FLCCC).

FLCCC adalah sebuah organisasi yang mengumpulkan semua pakar-pakar kesihatan daripada seluruh dunia yang ditubuhkan pada Mac 2020. Organisasi ini banyak menyebarkan informasi kepada seluruh dunia menerusi laman web, webinar, media sosial dan sesi bersama media tentang isu-isu kesihatan. Organisasi ini beribu pejabat di Washington, Amerika Syarikat.

Dalam video tersebut Pierre Kory mencadangkan agar jangan lagi mengambil vaksinasi, “they can no longer take these Covid vaccines, they are toxic and lethal and ineffective that they have completely failed’ katanya. Dalam satu video yang sama selepas itu, seorang lagi doktor iaitu Ryan Cole menyatakan “does it damage the brain you bet it does, does it damage the heart, yes the liver, the the bone marrow” katanya.

Ada beberapa orang lagi doktor dalam klip video tersebut iaitu James Thorp dan Peter McCullough yang turut memberi amaran sama agar jangan mengambil lagi mana-mana vaksin. Video yang disebarkan ini menerusi ada water mark akaun Tik Tok milik @meegoreng4u (Mee Goreng).

Dalam satu lagi video berdurasi 2 minit 1 saat, Rob Ross, ahli European Parliament dan Naib Presiden ECR. Video tersebut dikesan menerusi satu tweet yang dibuat oleh Rob Ross sendiri pada 11 Oktober 2022 di pautan ini https://twitter.com/Rob_Roos/status/1579759795225198593

Dalam video tersebut yang viral kembali di Whatsapps, Rob Ross telah bertanyakan soalan kepada J Small wakil daripada Pfizer dalam satu sesi di Parlimen Eropah. Soalan Rob adalah “Was the Pfizer COVID vaccine tested on stopping the transmission of the virus before it entered the market?”.

Kemudian, J.Small wakil Pfizer menjawab “Regarding the question around whether we knew about stopping immunization before it entered the market, NO, haha. These, emm you know we had to really move at the speed of science to really understand what is taking place in the market.

Dalam ulasan terhadap video tersebut, Rob Ross merumuskan “This is scandalous. Millions of people worldwide felt force to get vaccinated because of the myth that you do it for others. Now this turnd out to be a cheap lie” katanya. Biarpun video ini sudah hampir setahun, namun bila ianya tular kembali menerusi aplikasi Whatsapp dalam bentuk video, ianya boleh menimbulkan keraguan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Malaysia tentang program vaksinasi.

Satu lagi video yang viral adalah video berdurasi 17 minit, 29 saat yang memaparkan ulasan Dr Peter McCullough, seorang kardiologi daripada Texas, Amerika Syarikat. Dalam video itu Dr Peter mengulas mengenai kesan mudarat yang besar dibawa oleh vaksin terhadap penyakit jantung.

Menurutnya, vaksin adalah penyebab utama kepada penyakit jantung melebihi kolestrol, tekanan darah tinggi dan diabetis. Malah Dr Peter membuat rumusan bahawa 73.9% kematian selepas vaksinasi adalah disebabkan oleh vaksin. Dr Peter menggesa agar semua vaksin COVID-19 yang ada di pasaran ditarik balik dan jangan ada lagi dos penggalak.

Lima hari lepas, YB Menteri Kesihatan menyatakatan “Dos penggalak perlu untuk melindungi kumpulan rentan termasuk warga emas dan golongan komorbid yang mudah terdedah kepada risiko dan kesan memudaratkan”. Sudah pasti, video-video yang ini kembali tular bila ada cadangan untuk pengambilan dos penggalak untuk kumpulan yang berisiko ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia perlu segera bertindak untuk menjawab dan menerangkan kepada rakyat Malaysia persoalan-persoalan dan isu-isu yang dibangkitkan dalam ketiga-tiga video ini agar ianya tidak menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai. Harapnya dalam masa terdekat akan ada sesi bersama media untuk menjawab isu-isu semasa berkaitan kesihatan ini, Dr Zul nampaknya mula memberikan energi baru di KKM. Kena jawab segera untuk kebaikan bersama.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular