HomeIsu tempatan41 syarikat anak tempatan terima STBA

41 syarikat anak tempatan terima STBA

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 41 buah syarikat milik anak tempatan negeri ini berjaya menerima Anugerah ‘Sabah Trusted Brand Award’ (STBA) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

Anugerah yang disampaikan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib itu adalah bagi membuktikan anak jati negeri ini amat berkebolehan dan mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sabah Rosnani Tallesang berkata, anugerah yang disampaikan itu juga merupakan pengiktirafan bagi melambangkan titik permulaan untuk terus berjuang dalam mengharungi cabaran ekonomi selepas pandemik COVID-19 yang melanda negara sebelum ini.

“Anugerah yang akan disampaikan  merupakan satu platform yang sangat penting dan bertujuan untuk mengenal pasti dan mempromosikan perniagaan jenama tempatan dalam  menentukan tujuan, objektif  dan  nilai  mereka  kepada  pengguna.  

“Ia  akan  membantu pengguna memahami tujuan jenama perniagaan dan apa yang ingin dicapai serta untuk membantu kedua-dua pengguna dan usahawan-usahawan  membuat pilih yang terbaik dan cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah STBA 2023/2024 di sini.

Hadir sama Yang Dipertua MTPN Sabah Kevin Lo, Pengarah MYIPO Sabah Asmah Khalid serta tetamu kehormat yang lain.

Rosnani berkata, MTPN Sabah dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan akan menganjurkan pelbagai jenis kategori program kepenggunaan termasuklah pendidikan, kesihatan, perumahan, pekerjaan dan teknologi maklumat pada masa akan datang.

Katanya, ia adalah bertujuan bagi membantu peniaga yang berdaya saing dan juga membantu pengguna mendapatkan pendidikan dan informasi yang tepat dan benar dalam kepentingan jenama dalam bidang niaga masing-masing. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

QSB terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular