HomeSukanSAGA X : Ratu Pecut milik Theresia, buktikan Tambunan 'lubuk' pelari pecut

SAGA X : Ratu Pecut milik Theresia, buktikan Tambunan ‘lubuk’ pelari pecut

Read Time:1 Minute, 23 Second

Tuaran : Atlet Tambunan, Theresia Anastasius berjaya dinobatkan sebagai Ratu Pecut Sukan Sabah (SAGA) kali ke-10 yang berlangsung di Kompleks Sukan Tuaran, di sini pagi tadi.

Kemenangan itu membolehkan Theresia meraih pingat emas sekaligus membuktikan Tambunan merupakan ‘lubuk’ kepada pelari pecut ketika ini.

Theresia mencatat masa 13.16s mengatasi Esther Joanne Ailos (Tuaran) di tempat kedua yang mencatat masa 13.46 dan Dayangku Nursyafinaz Syazirah (Penampang) dengan catatan masa 13.50s.

Terdahulu, dua pelari Tambunan iaitu Hanssen Yap Soon Fu dan Dexter Bedie masing-masing memenangi emas dan perak dalam acara sama bagi kategori lelaki.

Theresia (kiri) dan Hanssen buktikan Tambunan ‘lubuk’ pelari pecut

Malah, Hanssen turut mencatat rekod baharu kejohanan dengan catatan masa 10.46s, mengatasi rekod lama yang dipegang Mohammad Nor Musyaraf Mohd Sari yang mencatat masa 10.76s di Sandakan pada 2019.

Dalam pada itu, bagi acara lompat jauh kategori wanita, jaguh Keningau, Samantha Collete Valentine muncul sebagai pemenang pingat emas dengan lompatan sejauh 5.28m.

Pingat perak dan gangsa bagi acara itu pula masing-masing dimenangi peserta Maselemya Bious (Tenom) dengan lompatan sejauh 5.27m dan Carefina Dian Eldy (Kudat) dengan lompatan sejauh 5.24m.

Acara lompat tinggi lelaki pula menyaksikan peserta dari Nabawan, Reynolds JC Majin memenangi emas dengan lompatan 1.95m manakala Adder Pansie Efandi (Kota Belud) yang mencatat lompatan 1.85m dan Nelzirco Perimus (Keningau) yang mencatat lompatan 1.80m masing-masing memenangi perak dan gangsa.

Dalam perkembangan lain, peserta Ranau, Norhafikah memenangi emas bagi acara lempar cakera dengan lemparan sejauh 34.91m manakala Sherra Annabelle Jonias (Kudat) yang mencatat lemparan 34.60m dan Sungraecina Harry (Nabawan) yang mencatat lemparan 33.19m masing-masing memenangi perak dan gangsa. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular