HomeUtamaProgram ‘Love KK' capai 100 peratus sasaran - Junainah

Program ‘Love KK’ capai 100 peratus sasaran – Junainah

Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Program ‘Love KK’ telah mencapai 100 peratus sasarannya membabitkan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama pihak berkepentingan.

Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie berkata, prestasi yang membanggakan telah diperoleh Jawatankuasa Komponen ‘Love KK’ dengan masing-masing telah melepasi sasaran 100 peratus pencapaian secara keseluruhan sekali gus memberikan kesan impak positif antara pihak berkepentingan bersama DBKK.

Katanya, pencapaian ini direkodkan sejak ianya dirasmikan pada bulan April 2022 sehingga tahun berakhir 2023, berdasarkan pendekatan melalui tujuh Jawatankuasa Komponen di dalam program ‘Love KK’.

“Antara komponen tersebut ialah KK Bersih (Clean KK), KK Hijau (Green KK), KK Ceria (Vibrant KK), KK Indah (Beautiful KK), Khazanah KK (Heritage KK), KK Berdaya Huni (Liveable KK) serta KK Sihat (Healthy KK),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis Apresiasi ‘Love KK’ anjuran DBBK telah diadakan di Shangri-La Tanjung Aru, pada Isnin (18 Dis) untuk memberi penghargaan seterusnya meraikan kejayaan itu.

Hadir sama memeriahkan majlis, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip.

Menurut Junainah, menyoroti pembentukan Jawantakuasa ‘Love KK’ ini, pelbagai program dianjurkan termasuk Pelancaran Pasar Malam Bandaran Night Market serta Program Sheila Majid Big Band Show dan Miss World Malaysia 2023.

“DBKK juga memperkenalkan Program Tandas Awam Bersih, meliputi Program Dialog Bersama Pengusaha dan Pemilik Tandas Awam, Pengauditan dan Penarafan Bintang Tandas Awam sempena Sambutan Hari Tandas Awam Sedunia Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu pada 19 November lalu.

“Selain itu, ‘Love KK’ menganjurkan Festival Kebudayaan dan Makanan Tradisional India
selain menjalankan pemeriksaan sekali gus melaksanakan Penggredan Kebersihan Premis Makanan di sekitar bandaraya,” ujarnya.

Tambah beliau, kejayaan tidak terhenti di situ sahaja, ‘Love KK’ turut mengadakan Program Kesedaran ‘My City, My Responsibility’ selain memperkenalkan Pelancaran Kempen Pengurangan Beg Plastik.

“Ini adalah satu inspirasi serta inisiatif untuk menggalakkan penyertaan penduduk Bandaraya Kota Kinabalu yang berbilang kaum, agama dan peringkat umur dari segenap lapisan masyarakat dalam aktiviti kemasyarakatan di Bandaraya Kota Kinabalu.

“DBKK berharap melalui inisiatif ini, agar warga bandaraya dapat memanfaatkan peluang sedia ada untuk berbakti sekali gus memberi sumbangan kepada Bandaraya Kota Kinabalu,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Utama

KBSS perlu gerak program sesuai untuk belia Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular