HomeSukanSAGA X : Drevionna, Akmal raih pingat emas berganda

SAGA X : Drevionna, Akmal raih pingat emas berganda

Read Time:2 Minute, 5 Second

Penampang: Atlet berbasikal Ranau, Drevionna Magdelynna Davin,15,sekali lagi mempamerkan kehebatan apabila berjaya meraih pingat emas menerusi acara 500 meter ujian masa kategori wanita yang berlangsung pagi tadi.

Drevionna berjaya menamatkan perlumbaan diperingkat akhir dengan catatan masa 00:48.086 saat sekaligus menewaskan Nur Dini Nazifa Ag Ali (Membakut) yang sekadar meraih pingat perak dan Jacquelyn Jimmy (Nabawan)  memperoleh gangsa.

Atlet mewakili Tawau, Akmal Thaqif Begurdy berjaya meraih pingat emas menerusi acara ujian masa 1000 meter kategori Lelaki dengan merekodkan masa 01:20 saat.

Kemenangan Akmal itu sekaligus menewaskan lawannya, Muhammad Alfadz Fiqri Abdul Bayan (Penampang) dan Awangku Mohd Khairy Ifran Pg Mohd Shahif (Kota Kinabalu).

Akmal Thaqif Begurdy (tengah) bersama pemenang pingat perak dan gangsa

Semalam, Drevionna dan Akmal turut berjaya meraih pingat emas menerusi acara 200 meter pecut masing-masing bagi kategori Wanita dan Lelaki.

Pada acara itu, Drevionna berjaya mencatat masa 16:75s dan Akmal merekodkan masa 14:10s.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Penampang, Francis Chong dan Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki.

Dalam pada itu, bagi acara tenis, pasukan Kota Kinabalu dan Sandakan berjaya menjuarai acara tenis bagi kategori berpasukan.

Juara kategori berpasukan wanita dimenangi pasukan Kota Kinabalu melalui lima atletnya iaitu Rafiqah Mohammad Nor, Hannah Hil Xiang Hui, Selena Adeyola Christie Obatemi dan Kyra Vamsikrish selepas menewaskan Keningau dengan 2-1, sementara Kalabakan dan Sandakan di tempat ketiga dalam acara tersebut.

Kontinjen Kota Kinabalu Juara  kategori berpasukan wanita bagi acara tenis.

Bagi kategori lelaki berpasukan pula pingat emas dimiliki pasukan Sandakan melalui  lima atletnya iaitu Stevie Alfie Silvester, Rishigeswaran Ulgneswaran, Sharvineswaran Ulgneswaran, Mohd Asyahmie Haffizie Suhaili dan Braylen Odell Johannes, setelah menewaskan tuan rumah, Kota Kinabalu dengan 3-0, manakala Kalabakan dan Tawau  masing-masing meraih pingat gangsa.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, Valerie Wong diringi oleh Pegawai Teknikal Keseluruhan Tenis SAGA X, Johnson Koh Yong Siang di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, di sini.

Kontinjen Sandakan menang pingat emas bagi kategori lelaki berpasukan.

Sementara itu, Pengurus Sukan Tenis Sandakan, Silvester Lawai ketika ditemui berkata walaupun persiapan pasukan dilakukan dalam masa yang singkat namun semua pemain dapat menunjukan prestasi yang baik dalam pertandingan SAGA X kali ini.

“Cabaran kami di pihak pengurusan adalah kekangan kewangan dalam mempersiapkan pasukan menggunakan sumber kewangan yang sedia ada selain sumbangan orang perseorangan dan kelab-kelab tenis Sandakan,” katanya.

Pertandingan akhir bagi kategori Individu lelaki dan wanita akan diadakan pada Khamis ini.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular