HomeIsu tempatanKanak-kanak lelaki maut dilanggar kereta

Kanak-kanak lelaki maut dilanggar kereta

Read Time:45 Second

SEMPORNA: Seorang pejalan kaki kanak-kanak lelaki maut dipercayai telah dilanggar oleh sebuah kenderaan dalam kejadian di jalan Aman Jaya dekat sini tengahari tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1:16 petang tadi (19 Dis) mengenai kejadian tersebut.

“Setiba di lokasi kejadian, Komander Operasi Balai Bomba Semporna PBKII Badri Alkap melaporkan terdapat seorang pejalan kaki dipercayai telah dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Proton Persona.

“Mangsa seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Argadil Mohd Yusuf berumur 12 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Seterusnya, pemeriksaan oleh pihak Bomba dijalankan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain dan operasi ditamatkan pada jam 2:43 petang tadi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular