HomeSukanSAGA X : Kota Kinabalu mengorak langkah dahului pungutan pingat

SAGA X : Kota Kinabalu mengorak langkah dahului pungutan pingat

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Kota Kinabalu terus mengorak langkah apabila mendahului carta pungutan pingat dalam usaha mempertahankan gelaran juara Sukan Saga (SAGA) ke-10 sehingga jam 9.30 malam tadi.

Hari ini, Kota Kinabalu berjaya meraih pingat emas menerusi acara Petanque Double masing-masing bagi kategori Lelaki dan Wanita.

Pingat emas Petanque Double Wanita itu hadir menerusi gandingan adik beradik, Nur Shaqina Sari dan Nur Shaqila Sari selepas mengalahkan pasangan Keningau dengan pungutan mata 10-6, manakala pasukan Ranau berada di tangga ketiga.

Bagi emas kategori double lelaki, ianya hadir menerusi Muhammad Fazli Alishanor dan Mohammad Syafiq Izzudin Mohammad Ali selepas menewaskan Pitas 13-1 pada perlawanan akhir, manakala gangsa dimenangi Lahad Datu.

Pemenang pingat kategori double lelaki bergambar kenangan.

Selain itu, Kota Kinabalu turut menambah pingat emas menerusi acara 800 meter yang diwakil Nur Syifa Raisha Adnan Firdaus dengan catatan masa 2:33.08s.

Kota Kinabalu sehingga kini berjaya meraih 10 pingat emas; empat perak dan lapan gangsa menjadikan jumlah keseluruhan pingat sebanyak 22 pingat.

Mengejar rapat dibelakang Kota Kinabalu adalah kontinjen Sandakan yang berjaya mengutip lapan emas; tiga perak dan tujuh gangsa.

Antara emas yang berjaya diraih Sandakan adalah menerusi acara 4×100 meter yang diwakili Kuartet Dexter Palmin; Mukhriz Ameer Izzuddin Abdul Rauf; Muhammad Isyhan Thomas dan Pengiran Aidil Auf Hajam @ Pg Roslie.

Sementara itu, sebanyak 21 pingat emas ditawarkan menerusi tujuh acara yang akan berlangsung esok antaranya Badminton; Berbasikal; Memanah; Olahraga; Petanque; Ragbi dan Wushu.

Selain itu, sebanyak 21 pingat perak turut ditawarkan menerusi tujuh acara yang berlangsung esok antaranya Badminton; Berbasikal; Memanah; Olahraga; Petanque; Ragbi; dan Wushu.

Bagi pingat gangsa, sebanyak 75 pingat ditawarkan menerusi 10 acara yang akan dipertandingkan esok. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

U23 Sabah FC sasar kutip satu mata menentang JDT II

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular