HomeIsu tempatanPIBG SK Darau KK anjur Program Kesihatan 6 Jan 2024, warga setempat...

PIBG SK Darau KK anjur Program Kesihatan 6 Jan 2024, warga setempat dijemput hadir

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Darau Kota Kinabalu (SKDKK) akan menganjurkan Program Hidup Sihat Lestari pada 6 Januari 2024 bertempat di perkarangan SKDKK bermula jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang.

Jurucakap Ahli Jawatankuasa PIBG SK Darau KK, Aliuddin Majid berkata, program ini adalah satu program khas untuk warga SKDKK dan bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat yang lestari kepada seluruh warga SKDKK.

“Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang berupaya memberikan kesan positif kepada pembangunan lestari seseoarang individu, institusi keluarga dan masyarakat.

“Konsep Gaya Hidup Sihat ini juga merupakan satu kempen hasil cetusan dan keprihatinan kerajaan Malaysia bagi melahirkan masyarakat yang sihat, cerdas, sejahtera dan bebas daripada sebarang penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup yang sedentari.

“Oleh yang demikian, program ini akan menjadi satu platform untuk pendedahan dan memberi kesedaran kepada semua peserta berkaitan amalan gaya hidup sihat yang lestari agar hidup dan kerja peserta mencapai tahap cemerlang seterusnya memberi impak positif kepada pencapaian misi dan visi organisasi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, dijangkakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud akan merasmikan program tersebut.

Sambil mengalu-alukan kehadiran warga SKDKK dan penduduk setempat untuk menghadiri program itu, Aliuddin berkata, antara aktiviti yang akan diadakan seperti ceramah kesihatan, ceramah keibubapaan dan program derma darah.

“Selain itu, ada juga terdapat gerai-gerai pameran, cabutan tiket bertuah dan apa yang istimewa enam cabutan misteri pengunjung bertuah turut diadakan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular