HomeSukanSAGA X : Tenom idam 'ibu segala pingat' Jumaat ini

SAGA X : Tenom idam ‘ibu segala pingat’ Jumaat ini

Read Time:2 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Dua pasukan bola sepak mewakili Tenom masing-masing dalam kategori lelaki dan wanita bakal beraksi di peringkat akhir bagi merebut ‘ibu segala pingat’ pada temasya Sukan Sabah (SAGA) ke-10 yang akan berlangsung Jumaat ini.

Bagi kategori lelaki, pasukan Tenom berjaya menewaskan Tuaran dengan jaringan 2-0 yang diadakan di Padang Sukma B di sini petang tadi.

Aksi perlawanan bola sepak antara pasukan Telupid dan Tawau bagi kategori lelaki

Satu lagi perlawanan antara Telupid dan Tawau yang berlangsung di Padang Sukma A menyaksikan Telupid berjaya menewaskan Tawau dengan jaringan 2-1.

Dengan keputusan itu, Tenom akan bertemu Telupid diperingkat akhir yang akan diadakan di Stadium Likas pada Jumaat ini bermula jam 3.15 petang.

Penentuan bagi tempat ketiga dan keempat bagi kategori lelaki pula akan menemukan Tuaran dan Tawau yang akan berlangsung esok di Stadium Likas bermula jam 3.15 petang.

Sementara itu, bagi kategori wanita, Tenom berjaya menewaskan Kota Kinabalu dengan jaringan 2-1 yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Kota Kinabalu A petang tadi.

Satu lagi perlawanan kategori sama menyaksikan Ranau berjaya menewaskan Kota Belud dengan jaringan 4-0 yang diadakan di Padang Ragbi A.

Aksi perlawanan bola sepak antara pasukan Tenom dan Kota Kinabalu bagi kategori wanita

Keputusan itu menyaksikan Tenom akan bertemu Ranau diperingkat akhir pada Jumaat ini bertempat di Padang SAFA dan penentuan tempat ketiga antara Kota Kinabalu dan Kota Belud akan berlangsung esok di lokasi sama bermula jam 3.15 petang.

Aksi perlawanan bola sepak antara pasukan Ranau dan Kota Belud bagi kategori wanita

Sementara itu, bagi acara Bola Jaring yang berlangsung di Dewan Rafflesia, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu menyaksikan pasukan Keningau dan Lahad Datu mara ke perlawanan akhir yang akan berlangsung esok.

Pasukan Bola Jaring Keningau yang layak ke peringkat akhir

Keningau mengesahkan tiket ke pusingan penentuan pingat emas selepas menewaskan Tongod dengan 75-49.

Sementara itu, Lahad Datu meneruskan saingan ke peringkat akhir setelah mengalahkan Kota Kinabalu dengan pungutan mata 43 – 34.

Pasukan Bola Jaring Lahad Datu yang layak ke peringkat akhir

Perlawanan akhir dijangka sengit dengan rekod kedua-dua pasukan merupakan juara peringkat awal kumpulan.

Keningau mengungguli Kumpulan A manakala Lahad Datu berada di tangga teratas Kumpulan B pada saringan peringkat awal.

Aksi perlawanan bola jaring antara Kota Kinabalu (jersi biru) dan Lahad Datu pada peringkat Separuh Akhir

Berdasarkan statistik peringkat kumpulan, Keningau mencatatkan purata gol 2.05, 180 jaringan dan 88 bolos. Sementara Lahad Datu merekodkan purata gol 1.62, 159 jaringan dan bolos 98.

Aksi perlawanan bola jaring antara Tongod (jersi kuning) dan Keningau pada peringkat Separuh Akhir
RELATED ARTICLES
Sukan

U23 Sabah FC sasar kutip satu mata menentang JDT II

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular