HomeIsu tempatanMiss Merdeka Sabah 23/24, menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan mampan

Miss Merdeka Sabah 23/24, menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan mampan

Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Sempena Kempen DEC-Cover Sabah, acara Miss Merdeka Sabah 23/24 diadakan untuk memperkasa golongan wanita sebagai pemimpin sekali gus menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan yang mampan di negeri Sabah.

Acara ini juga penting dan bermakna demi kelangsungan Kempen DEC-Cover Sabah pada bulan Disember, selain memupuk kesatuan dalam kalangan komuniti setempat dengan memberi penekanan terhadap kepentingan mengenali sejarah negeri Sabah.

Usaha kerjasama di antara I Empower Myself (IEM) dan Rock Maestro Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, Sabah Tourism Board, Awesome Borneo Holidays Sdn Bhd dan The Insecure Beauty telah menunjukkan komitmen bersatu dalam memupuk penghayatan budaya dan pembangunan kepimpinan dalam kalangan wanita Sabah.

Sehubungan dengan itu, Ujibakat Sesi 1 telah diadakan pada 1 Disember 2023 bertempat di The Magellan Sutera Harbour dan telah mempamerkan bakat yang hebat serta semangat yang mengagumkan dalam kalangan peserta yang penuh apresiasi dengan matlamat untuk merebut gelaran Miss Merdeka Sabah 23/24.

Figura yang dikenali dalam bidang kebudayaan di Sabah, Tindarama Joanna Datuk Kitingan, Pengerusi Persatuan Majlis Wanita Kadazan Dusun dan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah serta Pinny Jong Dijen, Pengasas The Insecure Beauty bersama-sama dua juri lain berdedikasi dalam berkongsi kepakaran mereka untuk memilih peserta yang berkualiti dan berwibawa.

Dalam pada itu, bagi membuka peluang kepada mereka yang terlepas untuk sesi pertama ujibakat, Miss Merdeka 23/24 mengalu-alukan penyertaan semua untuk menghadiri sesi ujibakat kedua pada 27 Disember 2023 ini.

Selain itu, ujibakat secara atas talian juga di perkenalkan bagi peserta yang berada di kawasan luar Kota Kinabalu, membolehkan lebih banyak penyertaan tanpa mengira lokasi.

Para finalis berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai yang lumayan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen, bakat dan potensi yang ada di dalam diri peserta.

Finalis yang berbakat dan berdedikasi akan membuat penampilan mereka pada 30 Disember 2023 ini di Padang Merdeka bersempena dengan penutupan Larian Kembara Sabah Tanah Airku.

Majlis ini akan diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Menteri l, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew bagi menyemarakkan lagi sambutan yang diraikan.

Untuk maklumat lebih terperinci dan panduan penyertaan, sila kunjungi atau layari laman Facebook Kita Connect.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular