HomeSukanSAGA X : Empat lagi rekod baharu dicipta dalam acara olahraga

SAGA X : Empat lagi rekod baharu dicipta dalam acara olahraga

Read Time:2 Minute, 31 Second

Tuaran : Empat rekod baharu berjaya dicipta dalam acara olahraga temasya Sukan Sabah (SAGA) ke-10 yang berlangsung di Kompleks Sukan Tuaran di sini pagi tadi.

Antara rekod yang berjaya dicipta adalah menerusi acara 1,500 meter Lelaki dan Wanita; 400 meter Lelaki dan Lontar Peluru Lelaki.

Bagi acara 1,500 meter Lelaki, pingat emas berjaya dimenangi atlet Lahad Datu Nikos Tai Ler Onn yang berjaya memecahkan rekod kejohanan dengan catatan masa 4:17.12s seterusnya meleburkan rekod yang dicipta Romieo Gomboh dari Kota Kinabalu iaitu dengan catatan masa 4:17.70s pada SAGA 2019.

Pingat perak bagi acara itu telah dimenangi Muhammad Naque Misnan dari Putatan dengan catatan masa 4:26.86s dan gangsa dimenangi atlet Beaufort Mohammad Ahsan Atta Ur Rahman dengan catatan masa 4:28.41s.

Acara sama bagi kategori Wanita, pingat emas berjaya dimenangi Hizillawanty Jamain yang mewakili Keningau dengan catatan masa 4:59.81s seterusnya meleburkan rekod yang sebelum ini dicipta atlet Pitas Marlin Hing William pada SAGA 2017 dengan catatan masa 5:10.59s.

Pemenang pingat perak bagi acara 1,500 meter wanita berjaya menangi Nur denisha Shazliatie Abdullah mewakili Kalabakan dengan catatan masa 5:27.57s dan gangsa dimenangi Nur Syifa Raisha Adnan Firdaus yang mewakili Kota Kinabalu dengan catatan masa 5:35.24s.

Atlet Kuala Penyu Muhammad Khalil Helmi yang berjaya cipta rekod 400 meter lelaki

Sementara itu, bagi acara 400 meter Lelaki, atlet mewakili Kuala Penyu, Muhammad Khalil Helmi berjaya meraih pingat emas seterusnya memecahkan rekod kejohanan bagi acara itu dengan catatan masa 48.70s.

Rekod yang dicipta Khalil itu sekaligus berjaya meleburkan rekod yang dicipta Anchois Aron dari Keningau pada SAGA 2011 dengan catatan masa 49.58s.

Pingat perak bagi acara sama berjaya dimenangi Aubrey Aron dari Keningau dengan catatan masa 50.94s dan gangsa dimenangi atlet mewakili Kalabakan Muhammad Firdaus Darus Salam dengan catatan masa 51.06s.

Satu lagi acara yang berjaya mencipta rekod baharu adalah menerusi acara Lontar Peluru yang dimenangi atlet Kunak Pang Hong Seng.

Hong Seng berjaya mencatat lontaran sejauh 13.55 meter sekaligus meleburkan rekod yang dicipta Mirach Han dari Tawau pada SAGA 2010 dengan catatan jarak sejauh 13.35m

Pingat perak bagi acara itu dimenangi Nathaniel Majid dengan lontaran sejauh 13.40m seterusnya mengalahkan rekod lama kejohanan.

Manakala pingat gangsa bagi acara itu berjaya dimenangi atlet mewakili Keningau Victer Ben Salleh @ Bindik dengan lontaran sejauh 11.55m

Selain itu, turut berlangsung acara olahraga pagi tadi ialah Lompat Kijang yang dimenangi Mark Paladius (Tambunan) dengan jarak 13.91m membolehkan beliau meraih pingat emas; Eljoe Gotuoh (Tuaran) pingat perak dengan jarak 13.73m dan gangsa dimenangi atlet Tongod Cisse Paul dengan jarak 13.64m

Turut berlangsung pagi tadi adalah acara 400 meter Wanita yang dimenangi atlet Sipitang Priscellona Grace Kifli @ Hailary (emas); atlet Keningau Siti Nur Nadiah Mohammad Din (perak) dan atlet Tuaran Joeiviviean Jamson (gangsa).

Satu lagi acara diadakan pagi tadi adalah Rejam Lembing Wanita yang dimenangi atlet Keningau Maryjane Juberin (emas); Connila Baniau (perak) dari Ranau dan atlet Lahad Datu Asprillia Johnny (gangsa). – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular