HomeUtamaKPDN warta 14 jenis barangan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2023

KPDN warta 14 jenis barangan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2023

Read Time:3 Minute, 7 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Menjelang sambutan perayaan Krismas pada 25 Disember 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2023 berkuat kuasa dari 23 Disember hingga 27 Disember 2023.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tempoh pelaksanaan SHMMP Krismas 2023 adalah selama lima hari iaitu dua hari sebelum perayaan, satu hari semasa perayaan dan dua hari selepas perayaan.

“Sebanyak 14 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2023 dan senarai barangan adalah seperti Daging Kambing Biri-Biri Bertulang Import; Tomato;
Lada Benggala Hijau; Kubis Bulat Import (China dan Indonesia); Lobak Merah; Cili Merah; Ubi Kentang Import (China); Bawang Merah Besar Import; Bawang Kuning Besar dan Ayam Tua Hidup (dikawal di Sarawak).

“Pelaksanaan SHMMP Krismas 2023 ini juga termasuk empat barangan dikawal di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Kepak Ayam ; Babi Hidup (dikawal peringkat ladang); Daging Babi (perut) dan
Daging Babi (daging dan lemak),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jualan Rahmah (PJR) di perkarangan kedai Kapayan, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan dekat sini, hari ini.

Hadir sama pada program itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan Jannie Lasimbang dan Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas.

Menurut Armizan, SHMMP Krismas 2023 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melaksanakan pemantauan berterusan untuk
memastikan keberadaan bekalan barangan adalah mencukupi.

Katanya, semakan harga boleh dibuat melalui laman sesawang KPDN di https://www.kpdn.gov.my.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, pegawai-pegawai penguat kuasa KPDN di seluruh negara akan melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan.

Jelas beliau, pendekatan ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini melalui AKHAP 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut:

(i) Kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum:
(a) Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau
dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau
dikompaun sehingga RM50,000; dan
(b) Syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga
RM250,000.

(ii) Kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi
barangan harga terkawal:
(a) Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau
dikompaun sehingga RM5,000; dan
(b) Syarikat; boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga
RM10,000.

Justeru, katanya, KPDN meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan sebarang aduan melalui saluran berikut:

i. WhatsApp iaitu 019-848 8000;
ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu; //eaduan.kpdn.gov.my;
iii. Call Centre 1-800-886-800, dan;
iv. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.

Mengulas lanjut mengenai PJR di DUN Kapayan hari ini, Armizan berkata, program itu menawarkan harga diskaun dari 10 hingga 30 peratus, dan kadar diskaun tersebut ditanggung bersama di antara kerajaan dan pasaraya terlibat.

“Ini juga sebahagian daripada subsidi kerajaan dan juga program tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada pasaraya dan juga pasar mini yang terlibat dalam sesuatu Jualan Rahmah tersebut.

“lnshaaAllah pada tahun hadapan kita akan meneruskan Program Jualan Rahmah ini secara lebih agresif dan tersusun,” katanya.

Menurut beliau lagi, pada Januari tahun hadapan pihaknya akan mengeluarkan jadual PJR lebih awal untuk setiap kawasan berserta dengan lokasinya.

“Ini dengan adanya penjadualan PJR itu agar rakyat boleh merancang lebih awal di mana dan bila program itu berlangsung berbanding sebelum ini kita hanya memaklumkan beberapa hari sebelum program berlangsung, jadi tahun hadapan kita buat lebih tersusun dengan notis yang lebih awal dan rakyat juga boleh akses melalui laman web KPDN mengenai jadual program tersebut,” jelasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular