HomeUtamaOSTEX EAST Siri 3/2023 platform warga The Navy People kekal siaga

OSTEX EAST Siri 3/2023 platform warga The Navy People kekal siaga

Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Operational Sea Training Exercise East atau OSTEX EAST Siri 3/2023 telah dilaksanakan di sekitar Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu dan perairan Laut China Selatan bermula 18 hingga 22 Disember 2023.

Eksesais yang menjadi platform utama dalam meningkatkan kesiagaan aset di Armada Timur ini telah melibatkan kapal-kapal yang bernaung di bawah Markas Pemerintahan Armada Timur dan Markas Wilayah Laut 2, Sandakan.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Timur Sabah hari ini, siri kali ini turut menjadi siri terakhir OSTEX EAST bagi tahun 2023 dan seterusnya menutup tirai eksesais di Armada Timur tahun ini.

Katanya, eksesais ini masih mengekalkan misi utama iaitu melatih dan menyediakan angkatan yang berupaya dalam melaksanakan operasi maritim yang bersifat dwi-ancaman dan eksesais kali ini dilaksanakan melalui Field Training Exercise (FTX) dan telah melibatkan enam buah kapal TLDM yang diketuai KD SELANGOR selaku Ketua Gugus Tugas.

“Peranan Helikopter Operasi Maritim AW139, Unmanned Aerial System Scaneagle dan Bot Tempur CB90 turut dioptimumkan dalam siri latihan kali ini.

“Sebanyak tiga fasa iaitu fasa pelabuhan, fasa laut dan yang terakhir iaitu fasa pasca eksesais terlaksana mengikut perancangan. Fasa pelabuhan dilaksanakan bermula 18 dan 19 Disember di mana program-program utama seperti Taklimat Utama Eksesais, Kuliah dan Praktikal daripada Subject Matter Expert (SME) serta Taklimat Pra-Pelayaran telah dilaksanakan,” katanya.

Majlis Pembukaan dan Penutup Eksesais telah disempurnakan oleh Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Muhammad Ruzelme bin Ahmad Fahimy di Dewan Sepanggar, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, fasa laut pula menyaksikan
kecekapan dan ketangkasan warga The Navy People diuji dalam aspek navigasi, ilmu kelautan dan peperangan maritim.

“Penglibatan kapal TLDM dalam eksesais ini turut menjadi platform memperaga kehadiran TLDM di Zon Maritim Malaysia.

“TLDM sentiasa mencari ruang dan peluang yang menyasarkan kepada pengekalan momentum dalam kesiagaan aset dan warga supaya bertindak cekap dan pantas sebilang
masa mengikut keperluan operasi.

“Kelangsungan latihan siri ini, yang lancar tanpa sebarang insiden jelas menggambarkan sikap profesionalisme, keupayaan dan kesiagaan aset Armada Timur TLDM kekal di tahap terbaik,” kata kenyataan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular