HomeUtamaKPDN Sandakan tidak terima aduan sepanjang tempoh SHMMP

KPDN Sandakan tidak terima aduan sepanjang tempoh SHMMP

Read Time:1 Minute, 42 Second

Sandakan : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan tidak menerima sebarang aduan pengguna berhubung harga barangan sepanjang tempoh pelaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, sebanyak empat SHMMP telah dilaksanakan sejak awal tahun ini melibatkan beberapa perayaan utama di negara ini.

“Sejak awal tahun 2023, sebanyak empat musim perayaan telah dikuatkuasakan SHMMP, iaitu SHMMP Tahun Baru Cina (15 hingga 29 Januari 2023), SHMMP Hari Raya Puasa (15 April hingga 30 April 2023), SHMMP Pesta Kaamatan (27 Mei hingga 2 Jun 2023) dan SHMMP Deepavali (9 November hingga 15 November).

“Sepanjang empat perayaan tersebut, sebanyak 619 premis pemborong dan peruncit di daerah Sandakan telah diperiksa. Pemeriksaan juga mendapati para peniaga di daerah ini telah mematuhi SHMMP yang dikuatkuasakan.

“Bagi keempat-empat tempoh perayaan tersebut, pejabat KPDN Sandakan tiada menerima sebarang aduan daripada orang ramai,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Azdy berkata, bagi pelaksanaan SHMMP Krismas 2023 yang dilaksanakan selama lima hari bermula hari ini telah menguatkuasakan sebanyak 13 barangan terpilih akan dikawal harga maksimumnya di peringkat Ladang, Borong serta Runcit.

Beliau berkata, pihaknya juga telah menjalankan tinjauan serta pemeriksaan pra pelaksanaan SHMMP Krismas semalam di salah sebuah pasar raya tumpuan utama pengguna di daerah ini.

Kerajaan telah mewajibkan semua peniaga yang menjual barangan harga terkawal tersebut supaya tidak menjual melebihi daripada harga maksimum yang telah ditetapkan, meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi tujuan membezakannya dengan barangan lain serta mempamerkan dengan jelas tanda harga ke atas semua barangan yang dijual,” katanuy.

Dalam pada itu, Azdy berkata, pemeriksaan di beberapa farmasi tumpuan pengguna di sekitar daerah ini juga telah dijalankan bagi meninjau kedudukan bekalan dan harga pelitup muka, cecair sanitasi dan Kit Ujian Kendiri Covid-19 berikutan jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semakin meningkat di Sabah.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, bekalan barangan berkenaan adalah mencukupi serta mudah diperolehi di pasaran pada harga yang berpatutan.

“Kita akan sentiasa memantau situasi bekalan barangan agar ianya mencukupi selain memastikan peniaga-peniaga mematuhi SHMMP ini,” katanya. SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular