HomeUtamaDua bersaudara lemas di Sg Kaiduan

Dua bersaudara lemas di Sg Kaiduan

Read Time:48 Second

PAPAR: Dua lelaki bersaudara maut dipercayai lemas semasa menjalankan aktiviti mandi-manda di sungai Kampung Kaiduan, Kinarut dekat sini petang tadi. (26 Dis)

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.42 petang tadi mengenai kejadian tersebut.

“Mangsa dikenali sebagai Maxemanual Jurus, 18, bersama anak saudaranya Elvin Shane Surazal, 14, dilaporkan lemas semasa menjalankan aktiviti mandi-manda di sungai berkenaan.

“Kedua-dua mangsa telah berjaya diselamatkan oleh orang awam dan mangsa telah diberi rawatan awal dengan kaedah resusitasi kardiopulmonari (CPR) oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) bersama pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 5.49 petang oleh pegawai perubatan KKM di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, mayat kedua-dua mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Setelah memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.28 petang tadi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Komuniti Madani diseru manfaatkan aplikasi ‘PriceCatcher’, ‘Speedtest’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular