HomeUtamaBanjir : 148 penduduk dipindahkan ke dua PPS

Banjir : 148 penduduk dipindahkan ke dua PPS

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Seramai 148 penduduk terjejas bencana (PTB) di dua buah daerah di Sabah telah dipindahkan ke dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, penduduk yang terjejas akibat banjir itu adalah melibatkan 39 ketua isi rumah (KIR).

Antara daerah yang dilaporkan terjejas bencana akibat banjir adalah di Paitan dan Sandakan yang melibatkan enam buah kampung

“Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPDB) Kecil Paitan mengisytiharkan bencana banjir pada jam 2 petang tadi dan pembukaan satu PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol.

“Selain Pengerusi JPBD Sandakan turut mengisytiharkan bencana banjir berlaku pada jam 3.45 petang seterusnya membuka satu PPS di Masjid Nur Iman Kampung Sungai Memanjang Sandakan,” menurut kenyataan itu di sini malam.

Bagi daerah Paitan, sebanyak lima buah kampung terlibat dengan enam penduduk terjejas melibatkan tiga KIR yang dipindahkan ke PPS.

Di Sandakan pula, seramai 142 penduduk dari sebuah kampung melibatkan 36 KIR telah dipindahkan ke PPS yang disediakan.

Trend semasa situasi banjir sehingga jam 8 malam tadi adalah meningkat. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya