HomeUtamaKanak-kanak perempuan maut, 3 cedera parah, 5 cedera ringan terlibat kemalangan jalan...

Kanak-kanak perempuan maut, 3 cedera parah, 5 cedera ringan terlibat kemalangan jalan raya

Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA MARUDU: Seorang kanak-kanak perempuan maut manakala tiga mengalami cedera parah dan lima lagi cedera ringan dalam kemalangan jalan raya melibatkan pertembungan dua buah kenderaan Isuzu Dmax dengan lori Isuzu 3 tan di Jalan Rakit, dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu , Superintenden Zairolnizal Ishak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam lebih kurang 4.55 petang semalam (25 Dis) menyatakan terdapat satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan lori Isuzu 3 tan dengan Isuzu Dmax di Jalan Rakit, Kota Marudu.

“Siasatan awal di tempat kemalangan mendapati sebuah lori Isuzu 3 tan dipandu oleh lelaki berusia 43 tahun dari arah Kampung Talantang hendak ke Langkon dengan membawa muatan sawit bersama dua penumpang manakala kenderan Isuzu Dmax dipandu oleh seorang wanita berusia 48 tahun dengan membawa lima penumpang dari Penampang menuju ke Kanibungan, Pitas.

“Sebaik sampai di tempat kejadian kenderaan Isuzu Dmax telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh bahagian depan sebelah kanan lori Isuzu 3 tan yang datang dari arah bertentangan lalu terpusing dan terbabas di kiri jalan manakala Isuzu Dmax telah terbalik di kanan jalan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Zairolnizal, dalam kemalangan itu pemandu kedua-dua kenderaan tersebut termasuk dua orang penumpang dari Isuzu Dmax mengalami cedera parah, manakala dua penumpang lori Isuzu 3 tan dan empat penumpang Dmax mengalami cedera ringan.

“Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut, namun seorang penumpang Dmax merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dikenali sebagai Rebecca Grace Tintingon mengalami cedera parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Kota Marudu pada jam 2 pagi tadi.

“Difahamkan sebelum kejadian kenderaan Dmax yang dinaiki enam orang itu, kesemuanya adalah sekeluarga yang hendak meraikan sambutan Krismas di rumah keluarga mereka di Pitas.

“Pihak polis menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular