HomeUtamaLebih 5,000 tetamu hadir meriahkan Majlis Rumah Terbuka Krismas Ewon Benedick

Lebih 5,000 tetamu hadir meriahkan Majlis Rumah Terbuka Krismas Ewon Benedick

Read Time:1 Minute, 21 Second

Penampang : Lebih 5,000 tetamu terdiri daripada masyarakat pelbagai etnik di daerah ini dan kawasan berhampiran hadir memeriahkan Majlis Ramah Mesra dan Rumah Terbuka Krismas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Majlis yang diadakan di Dewan Pusat Kebudayaan Penampang itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Program yang bermula seawal jam 9.30 pagi itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag.

Pelbagai aktiviti diadakan pada majlis itu antaranya persembahan pentas dan hiburan serta majlis pemotongan kek selain turut diadakan Jualan Madani.

Ewon ketika ditemui berkata, kehadiran masyarakat bagi memeriahkan majlis itu dilihat sebagai satu kebersamaan bahawa perpaduan dan keharmonian dikalangan pelbagai masyarakat, kaum dan adama di Sabah terus subur.

“Saya menghargai kehadiran ramai masyarakat yang berkunjung ke majlis ini sempena sambutan Krismas yang saya hoskan pada hari ini di Penampang.  Begitu juga kehadiran pemimpin utama negeri.

“Ini menunjukkan kebersamaan kita satu petunjuk bahawa perpaduan dan keharmonian  dikalangan  pelbagai masyarakat  kaum dan agama di Sabah ini terus subur dan sambutan seperti inilah yang akan menyerlahkan perpaduan  dikalangan masyarakat Malaysia  di Sabah,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang berharap keharmonian seumpama itu akan berterusan dan ianya juga merupakan sebahagian tanggungjawab pemimpin untuk bersama memelihara keharmonian kaum dan agama di negara ini.

“Mari kita tunjuk kepada dunia disebalik kepelbagaian ini kita boleh bersatu padu, boleh berharmoni, boleh saling hormat menghormati, boleh saling merayakan sambutan-sambutan kebudayaan, sambutan keagamaan  masyarakat kita, untuk itu saya ucap terima kasih kepada semua termasuk rakan media,” katanya.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular