HomeUtamaPasangan suami isteri warga emas di serang gajah, suami maut

Pasangan suami isteri warga emas di serang gajah, suami maut

Read Time:1 Minute, 36 Second

LAHAD DATU: Sepasang suami isteri warga emas diserang sekumpulan gajah yang memasuki kebun ubi mereka dalam kejadian di Kampung Perpaduan, Skim Begahak, dekat sini pada Sabtu lalu.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, hasil daripada siasatan, mangsa Lopis Jubin berumur 90 tahun bersama isterinya Dalama Hamid, 61, telah diserang oleh sekumpulan gajah sebanyak 12 ekor telah memasuki kebun ubi mangsa dalam kejadian kira-kira jam 10.00 malam pada Sabtu lalu (23 Dis).

Silvester berkata, menurut cucu mangsa, Fazrina, ketika kejadian, kedua-dua mangsa berada di pondok untuk menjaga kebun ubi mereka.

“Ketika sedang berehat, mangsa Dalama menyedari pondok mereka telah digeser oleh gajah dan kemudian beliau sempat keluar bersama suami daripada pondok berkenaan dan melarikan diri. Namun begitu, seekor gajah telah mengejar kedua-dua mangsa lalu menendang dan memijak mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Silvester, pada masa ini, mangsa Dalama sedang dirawat di Hospital Lahad Datu manakala suaminya Lopis telah disahkan meninggal dunia dan mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik.

“Namun begitu, tidak ada aduan dibuat ke balai polis oleh pihak keluarga mangsa menurut pihak hospital. Dengan itu, tidak ada bedah siasat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, tahap kecederaan Dalama iaitu patah di bahagian pinggang, paha kiri dan kedua-dua tangan lebam. Manakala arwah suaminya cedera bahagian dada patah dan terdapat kesan lebam pada bahagian mata kanan, kesan lebam dan luka pada bahagian tangan sebelah kiri.

Katanya, kakitangan JHL yang bertugas juga telah pergi ke tempat kejadian untuk menjalankan pemeriksaan.

“Hasil daripada pemeriksaan, terdapat kesan-kesan kehadiran gajah di kawasan kebun ubi mangsa seperti bekas tapak kaki gajah, pokok-pokok ubi yang patah serta bekas geseran pada pondok yang didiami mangsa.

“Terdapat juga kesan tapak kaki gajah di kawasan parit kecil yang mana tempat kedua-dua mangsa ditendang dan dipijak.

“Sepanjang pemeriksaan dijalankan, tidak ada kelibat gajah dilihat dan tidak ada berlaku provokasi diantara mangsa dan gajah,” jelas beliau lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular